Monday, September 20, 2010

..Tongkat Dagu..

Now ni 9.08am dan aku masih berada di kerusi lama sblm beralih angin ke tempat lain. Tongkat dagu sambil belayar di alam maya. Baca blog orang, baca paper..ada lak yg gantung diri tak tahan tekanan hidup. Astarafirullah..Nauzubillah. Check FB kat enpon and malas nak layan plok. Kawan2 masih ada yg cuti, ada yg MC dan ada yg puasa. So, aku duduk je lah tak g sarapan. Nak niat puasa 6 sempat lg ni. Tp dah terbayang lak nasi kat umah utk lunch..dan now ni, tak lapar pun..

Dalam keadaan bosan mcm ni..tiba2 terfikir balik offer abe 'Letak notis 3 bulan'. Em..perlu ke? Pagi tadi bila dah kena bangun awal semula lps berseronok2 (seronok ke?) bercuti..mula la agak liat nak buka mata. Sebab anak2 nak sekolah, compem lah kena bangun awal. Sediakan semua keperluan dan solat subuh. Lepas tu aku letak kepala balik. Itu lah satu habit yg boleh memeningkan kepala sbb tido2 ayam sblm bangun semula utk mandi memang la tak elok. Nanti badan pun jd lemau. Tapi tahap kemalasan lagi tinggi maka, layankan juga mata sekejap. So, kalau aku tak kerja pun..still kena bangun awal kan? Kena hantar anak2 g sekolah sendiri..kena kemas rumah, kena masak ..uhuk! Boleh ke? Tapi org ckp...alah bisa, tegal biasa. Lagipun, aku kena betulkan niat dulu kalau betul2 nak resign. 1st..bukan sbb masalah yg aku hadapi..bukan sbb aku nak lari dari orang. 2nd, niat kena lah sbb nak jd isteri yg baik supaya aku boleh jaga semuanya..tapi, mampu ke aku? 3rd..aku kena fikir backup plan supaya ada gak RM masuk dlm poket aku. Duit bukan lah masalah setakat ni..alhamdulillah. Even kdang2 aku kuar shopping, tak bawak wallet pun..semua abe tanggung. Lepas buat 'list' kegunaan gaji aku dan semua benda yg abe tanggung..memang tak luak pun duit aku kecuali aku ikut nafsu berpoya2 shopping online. Biasanya duit (selain bayar kereta dan bg mak abah sket) aku guna kalau minta apa2 kat abe .dia ckp 'NO'..maka duit aku lah jd sasaran. NO tu still YES lah dari abe...maknanya..bukan dia tak izin beli barang tu..cuma dia tak nak banje..kalau guna duit sendiri..Go On..hahaha. Aku pun bukan leh jenis DEGIL sgt mcm org dok ckp...and so..'Apa keputusan aku?' ..Ya Allah..beri kan lah petunjuk dan jalan. Tapi tipu lah kan kalau apa yg jd ni tak dorong hati aku fikir2 benda2 mcm ni..Allah je yang tahu.

Tak sesedap yg dekat Europe..

Semalam p Mines and tak join pun jalan2 raya yg dia orang buat. Tahun ni, memang tak raya sakan..kenapa? Ada jwpan,tapi tak boleh taip kat sini. Kat mines, lps having lunch Sushi, terus pusing2 cari jam..Thanks eh abang..and masa kat Giant, terpandang croissant and terus teringan kenangan kat Europe. Sedapnya croissant cicah kopi dan ruginya aku 'sia2'kan percutian kat Europe ari tu. Padan muka, ikut hati lagi. B.A.N.G.A.N.G!

Mcm mana DVD leh sama dgn VCD ni? dah salah beli..

Mcm aku tulis before this, aku mmg suka collect dvd/vcd cite ala2 L.O.T.R. Semalam, aku beli Clash of the Titans (CoTT) dan Prince of Persia utk tambah koleksi wpun aku tau cite ni dah ada org download dan ada gak jual DVD pirate just for RM4 sekeping. Tapi sayang la..aku ingat kan CoTT tu DVD..rupanya VCD jek..ngeee..

1 comment:

nuui said...

Allhamdullilah. Buatlah keputusan yg kekal puas sehingga ke hujungnya.