Saturday, September 4, 2010

..Layar Lara..

Hidup umpama lakonan atau lakonan perlu untuk hidup?

Aiseh..donno how to start. Blog lepas, byk sgt kisah sedih dan azam aku kali ni, tak mau buat cite sedih lagi..tapi selagi 'soal hati' ni tak di selesaikan secara total yakni meluahkan 100% cerita pada yg sepatutnya tahu cerita..hati betul2 celaru. Aku cuba sedaya upaya menjaga hati semua orang wpun aku sendiri yg terseksa...tapi..emm, tak apa. Allah ada. Itu jek yang aku pegang sekarang ni dan kesempatan Ramadhan aku gunakan sepenuh2nya sujud dan pohon ampun dariNya. Sedih pulak Ramadhan akan berakhir tak lama je lagi dan jika betul malam tadi malam lailatulqadar..Ya Allah, terima lah sujudkan..ampun dosa-dosaku dan tenangkan hati ku. Kadang-kadang aku tak penah terfikir semua ini akan jadi pada aku dan kadang-kadang aku pelik mcm mana ada insan yg boleh hidup dgn amalkan 'lepas tangan'. Biarlah Allah yang tentukan..kan?

Jumaat 3hb September seawal jam 8 pagi aku dah kena mengadap boss itu KPI rating. Ok tak? Entah! Dengan takde module sebab both new projek tak jalan-jalan..apa yang boleh aku harapkan? Susah nak tafsir keadaan..tapi mungkin ini saja rezeki aku kali ini. Alhamdulillah, takde la susah mana nak mengadap bos perempuan. Pengajaran buat aku..jgn mudah percaya cakap orang..lalui sendiri dulu. Banyak nasihat dari puan kepada aku. Walaupun aku jarang mengadap dia..tapi dia seolah-olah tahu isi hati aku. Pelik kan? Orang yang kita sangka amik tahu..tapi sebenarnya tak penah nak kisah..tapi orang yang kita sangka buat tak tahu..rupanya lagi tahu..hehehe. Bape byk tahu daaa..

Shopping raya? Entah..yang penting baju anak2 dah settle lama dah. Cuma masalah aku..hampir semua jeans aku dah tak boleh pakai. Dengan berat badan yg dah jadi 42kg dan pinggang dari 29cm ke 26cm..habis semuanya. Kadang-kadang sedih tgk diri sendiri. Punca? Aku lah sendiri punca dan kebodohannya. Semoga ini kebodohan pertama dan terakhir aku. Cukup! Itu janji aku pada yang SATU dan juga pada diri sendiri dan juga pada suami. Amin.

Tahun ni berbuka puasa adalah yang paling ala kadar. Kalau tahun lepas aku dan abe sibuk layan buffet hotel dan makan luar selalu, tahun ni..berbuka di rumah adalah lebih menyeronokkan. Tapau pun tapau lah..yang penting bersama orang-orang yg aku sayang dan sayang aku. Tahun ni gak..tradisi buka puasa rumah ke rumah dah tak meriah mcm selalu. Tak tahu lah kenapa tapi aku pun tak kisah. Lagipun aku baru jek join benda ni dlm 2 tahun. Mungkin masing-masing ada agenda sendiri dan masing-masing ada kawan masing-masing utk duduk bergembira bersama-sama.

Eh..dah pukul 12am. Tido time...Ya Allah - lindungi aku dan keluarga ku. Amin..

No comments: