Sunday, October 24, 2010

..Salam Terakhir..

2 hari lepas :

abe : post apa kat blog? apa maksud Today Quote Lolipop tu?
aku : takde apa..just like..habis madu sepah di buang..saja suka2..utk diri sendiri.
abe : kan dh ckp, jgn post apa2 yg boleh buat org tertanya2...

tet, aku terus diam..bisu..kaku. Terus terang, aku kecik hati..sgt2 kecik hati. Lps dia tahu semua apa yg terjadi A-Z..langkah aku terbatas..penulisan aku terhad. Pujuk diri sendiri..OK..aku terima. Semua salah aku..YA..memang salah aku..

Apa makna blog ni kalau semuanya terhad dan terbatas? Kadang-kadang aku menulis bila hati aku berbisik kata-kata puitis..tapi sayang, setiap yg terpapar di salah tafsirkan. Jadi bahan bualan org..aku tak penah pulak tahu. Entah laa...aku di beri kata 2..TUTUP atau TAPIS.

Fikir..fikir dan fikir..dan keputusan aku..buat masa ini..aku pilih utk TUTUP. Lps post ini, tiada lagi Rehat,Lepak dan Luah Rasa. Namun aku akan biarkan blog ini utk jd tatapan tanpa sebarang kisah baru. Kalau ada pun blog lain nanti..tak mahu lagi pakai nama blog ini.

Buat kali terakhir..izinkan aku tutarkan apa yg terbuku di hati. Yg lain jgn terasa..:

Tak mahu lagi memuja pelangi kerana rumput di bumi lebih byk berbakti..

Utk :'Pelangi' SAHAJA..yg lain..plsss..jgn pk bukan2..

Hadir umpama sufi,
Bertandang umpama sahabat sejati,
Pergi meninggalkan belati di hati.

Umpama mimpi ngeri..
Sampainyaaa hati..

Tahniah ..
Propaganda menjadi..
Terima kasih..
Ya Rabbulalamin Maha mengetahui..

Utk pengikut blog ini..terima kasih kerana sudi menjadi teman pemerhati..maaf kan segala salah silap. Tak penah menduga, tak pernah menyangka apatah lagi sengaja ingin mencipta sengketa.

Semoga semua di lindungi Allah yg Esa dan aku mengaku, semua kesalahan dan kelemahan adalah daripada aku sendiri..Insan yg lemah dan tak punya apa2.

Aku hanya ingin hidup gembira bersama keluarga dan rakan2 - jika masih ada..

Ya Allah..jgn biarkan aku berpaling lagi..aku tahu, aku tak mampu membela diri..hanya Engkau Maha Mengetahui apa yg sebenarnya terjadi..Ampunkan Dosa aku..

Maaf Zahir dan Batin pada semua...

E.N.D

Thursday, October 21, 2010

..Lolipop..

My peberet is the blue one..Cola flavor..sluurpp..

Semalam balik kerja, lepas park kereta, mcm biasa, aku,Danish and Dania akan beriringan naik ke rumah. Kat bwh tu..ada dua org budak lelaki..(kenal lah dua2 anak sapa - sorang 4 tahun dan sorang lg dalam darjah 2 atau 3).. Tiba-tiba si baju kuning (yg besar) tegur aku.

Dia : Acik, saya nak 6 ringgit boleh bagi tak?
Aku : Ha? Nak buat apa 6 ringgit? (pelik lak..tp teruja pun ada..so aku layan kan jek)
Dia : Saya nak beli lolipop.
Aku : Nak buat apa beli lolipop?
Dia : Kawan2 saya suh beli. (tulus ikhlas nya jawapan..aku senyum jek)
Aku : Tapi tak kan lolipop sampai 6 ringgit?
Dia : Kawan2 saya ada 6 orang. (sambil pandang mata aku..sedih lak tgk)
Aku : Kalau kawan ada 6, nak 6 ringgit..so dapat bape lolipopnya? (dia kira2 jari)
Dia : Dapat 6..
Aku : 1 seringgit? amboi..beli kat mana?
Dia : Kat SQ ..boleh tak acik? (sambil tunjuk blok belakang SQ5)
Aku : Kenapa tak minta dekat emak?
Dia : Emak takde, saya tinggal sorang..(setahu aku, budak ni ada maid)
Aku : Em..auntie ada Rm6 ni..tapi janji , beli lolipop jek..jgn beli benda lain.
Dia : Terima kasih cik..(terus lariiiiiiiiiiii..suka betul)

Danish : Kenapa dia minta kat ibu? Kenapa ibu senyum jek?

Senyum la..seronok lak rasa dpt seronokkan orang lain wpun bukan2 sapa dlm hidup aku. Lebih2 lg budak2. Sebenarnya terfikir..mcm mana dia leh fikir nak minta kat aku? atau dia dah minta kat semua2 org yg lalu situ? Budak2 kan? tak leh nak salahkan pun..mcm Danish and Dania..aku dah ajar mcm2..tak tahu dia org boleh ikut ke tak.

Tapi sebenarnya..takde apa pun yg pelik dlm dunia ni. Macam aku jugak..mcm mana aku terboleh buat benda yg bukan2, benda bodoh..yg jatuhkan nama dan diri aku sendiri ..

Today quotes :
'They've been promised the lollipop but now I just get the stick".

Monday, October 18, 2010

..Action!..

Hidup ini umpama WAYANG..

Hari ni aku belajar dari seorang kawan..

'Biar tak punya kawan baik..asalkan takde musuh'

belajar je balik..Bodoh pun bodoh lah. Daripada terus tercicir..tak kisah pun org nak nasihat..aku open OK..tp org suka salah tafsir..Aku tak kisah org or kwn2 nak nasihat. Tapi biar kena cara..nasihat and 'blame' lain tau. Also, biar lah berbahasa..tu saja utk nasihat org Degil mcm aku.. keras vs keras? tak kemana..

Siapa tu musuh?
- orang yg tak mahu kawan.
- nak tgk muka pun menyampah.
- jatuh menjatuhkan.

Aku ada musuh? Entah..tak tahu. Ada ke? Kalau ada..apa yg harus aku buat?

pst: mana la p archive OCS sessi belajar aku td..ilang lak..grrrrrr...

..Wii..


Dah jarang tv kat umah tu terpasang kan? Kul 9 pm dah senyap sunyi layan buku or PC. Apa kata, kita buat aktiviti baru..layan Wii nak?

*Post ini utk Mr.Abe.


..Syok Sendiri..

Nampak apa yg aku nampak? :)

Senyum sorang2. Pandang kiri dan kanan..sekali terpandang cermin yg aku letak kan sebelah kanan aku. Hahahah..tiba2 jd bahan gelak diri sendiri. Kepala aku, badan org lain..hahaha. Adeh..leh gak lah buat penghibur diri. Terus aku snap pic. Sehsuai lak tu tudung aku ngn baju tu..matching sangat. Hahahah...layannn utk gelak2 sendiri.

Em, kena pakai earphone and nak miming pun dah segan. Kalau dgn Saharil, aku belasah jek nyanyi, kat sini segan lak. Sebab tak biasa. Aku kalau tak biasa..mmg senyap sunyi je lah. Takpe, baru lagi kot..

Masih tersenyum dgn 'mail' yg aku terima pada 12/10/2010 (11.29am). Nangis? Meroyan? Sentap? - Nehi Kabi Nehi tapi terus senyum sampai ke hari ini..Terima kasih sgt2. Syok gak jd bahan bacaan kalau bosan2.. *wink


..New Destination..

Life is like drawing without an eraser..face it, take it or leave it..


Pandang kanan - tak sama.
Pandang kiri - tak sama.
Padang belakang - tak sama.
Pandang depan - tak sama.
Pandang bawah - tak sama.

semoga semuanya akan 'TAK SAMA' sampai bila-bila.

pst: mana p aircond bilik ni..layan je lah.. eh! nampak pokok lak..ngee..


Saturday, October 16, 2010

..Mutiara kata Al-Qarni..

Mutiara kata dari Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni..untuk peringatan diri sendiri..

La Tahzan.

Kirimkan surat pengharapanmu di tengah keheningan malam.
Jadikan air matamu sebagai dakwatnya;
Kedua pipi sebagai kertasnya;
Kepasrahan sebagai setemnya;
dan Arasy Ilahi sebagai alamat (tujuannya).
Setelah itu, tunggulah jawapanNya.


Limaza Li..

Jangan terlalu bercita-cita untuk mengerjakan seluruh yang didengar.
Jangan terlalu berharap kepada setiap kawan.
Jangan bocorkan rahsia kepada perempuan.
Jangan mengerjakan seluruh keinginan.

pst : Ya Allah, jgn biarkan aku tersalah langkah lagi..kini aku sedar..hanya ENGKAU tempat aku mengadu..

Siapa Al-Qarni? Visit : http://en.wikipedia.org/wiki/Aaidh_ibn_Abdullah_al-Qarni
Penulis buku La Tahzan yg mendapat International BEST SELLER book.

Friday, October 15, 2010

..Inspira..

Pic from Paultan..klik pic for more info

'Nak?' tanya abe? Ngeeee...ada ke kereta nak tukar dgn kereta. Kalau tukar MPV ok gak..so jawapannya 'Tak Nak'. Lagipun 1st edition ni, biasanya akan kena panggil balik bengkel..so kalau betul2 nak..tunggu la yg nanti2.

Agak menarik bentuk Inspira. Takde la rupa Lancer GT sesangat. Kalau tak, sure owner GT nangis..Kalau tgk spec :

'The Proton Inspira is developed from a Mitsubishi Lancer with the choice of a Mitsubishi’s 4B10 1.8 liter engine with a 5-speed manual, a Mitsubishi 4B10 1.8 liter engine with a 6-speed virtual ratio CVT gearbox, or a top of the range 2.0 liter 4B11 engine with the same CVT transmission with added steering column paddle shifters.'

which is Abe kata OK..so sapa2 yg minat, sila lah rembat. KALAU Lancer GT pun dpt review yg agak 'kureng' sbb Ngauuman yg membingitkan telinga ketika memecut..harap2 Inpsira tidak mengaum lah..tapi..harimau sure mengaum kan? akekeke..

pst : memujuk hati supaya 'diam' sementara waktu...

Thursday, October 14, 2010

..Resam hidup (?)..


Terbuai-buai..
Ke kiri..

Melambai-lambai..
Ke kanan..

Subur..
Tak perlu di jaga..

Berbunga..
Tak perlu di baja..

Tumbuh..
Merata-rata tanpa harga..

Mati..
Kering di mamah sinar suria..

..Terbalik..


Akeke..takde pic nak letak sbg penghias cite kali ni. Citenya pasai accident kat Sg Ramal lps keluar simpang Shell. Sebuah kereta proton Saga WSE tak igt nombor terbalik dan bahagian depan adalah remuk agak teruk. Maybe di langgar oleh dua bijik lagi kereta di belakang. Em..tak tahu la selamat atau tak sebab keadaan agak tenang tadi. Harap2 takde yg meninggal.

Teringat 2 tahun lepas..balik dari Jusco Equine, ternampak accident yg agak teruk dari susur keluar dari Putrajaya ke Puchong. Rupanya2 kemalangan yg membawa maut suami kawan sekerja sendiri. huhuu..Innalilah dan Nauzubillah..semoga semua di lindungi Allah..

Mr Azril..dah tua2 ni..bawak la dgn berhemah ya..ingatlah insan2 tersayang...