Saturday, September 25, 2010

..Blogging..

Stronger than yesterday? Hopefully..

Adeh! Aku dah cuba sebaik mungkin menapis dan menghadkan supaya blog ni tidak jd topik perbualan orang. Tapi nampaknya..ada gak yg dok tertanya2..'kenapa'..'siapa' dan 'apa2' saja yg ada dlm blog ni dan paling menyedihkan..menjd bahan ckp2 orang dan paling menjengkelkan..ada yg gunakannya utk 'tikam aku' dari belakang. Kenapa buat cerita kalau tak tahu? atau2 buat tahu atau sengaja nak bunuh aku? Apa motif? Takut? Hah..

Kenapa aku menjd blogger? Sebab aku suka menulis. Dari mula..aku cerita ttg bahagia..ttg duka dan sampai 1 masa, Allah bg aku sedikit je Ujian yg buat hati aku terluka dlm alam rumahtangga. Goyahnya aku..semua aku nukilkan dlm bentuk tulisan dan penuh dgn kiasan tanpa fizikalkan org yang aku maksudkan. Dari situ..Allah turunkan aku 'pelangi' yang kononnya akan isi kekecewaan hati..
(* jgn tulis bukan2 - pesan abe) ..ok..stop..kalau tak..mmg aku cerakinkan semua..

Last sekali..Ya Allah, syukur alhamdulillah, Kau kurniakan aku Ramadhan yg indah tahun ini. Syukur ya Allah, Kau dengari doa ini..Kau tunjukkan kebenaran dan Kau paparkan setiap lakonan tanpa perlu aku gali jauh ke dalam lautan. Ampunkan aku..

Kepada 2 org teman..'salah besar' yang aku lakukan pada kalian hingga aku hilang kawan kerana ada pulak yg sesedap rasa menambah bahan supaya aku di pulaukan..semoga Allah saja berikan pembalasan. Serendah hati..harap kesalahan di maafkan.

Kepada rakan2 yg sudi memahami apa yg terjadi wpun dgn hanya meneka2 isi blog ini..terima kasih daun keladi. Harap Allah lindungi semua dan kalau ada yang tak kena..tegurlah aku seadanya..dan jgn takut bertanya. Jangan bermuka2..jgn bermain teka2..aku sentiasa sudi mendengar dan menerima apa adanya nasihat dan teguran semua.Ya Allah..hanya Kau Maha mengetahui, siapa kawan dan siapa lawan.

Kepada suami..terima kasih...terima kasih..terima kasih. Jadilah 'kekasih,sahabat dan teman Za' untuk selama2nya..dunia dan akhirat. Kirimkan lah Za ke syurga dan jauhkan lah Za dari neraka.. (sedihnya). Panjang usia..byk lagi dugaan yg bakal menjelma.(seram).

pst : Apa agaknya ending hikayat si pari2 ni? Aku serahkan semuanya pada yg Maha Kuasa.

2 comments:

Anonymous said...

Allhamdullilah.

Anonymous said...

alhamdulliah...