Sunday, October 24, 2010

..Salam Terakhir..

2 hari lepas :

abe : post apa kat blog? apa maksud Today Quote Lolipop tu?
aku : takde apa..just like..habis madu sepah di buang..saja suka2..utk diri sendiri.
abe : kan dh ckp, jgn post apa2 yg boleh buat org tertanya2...

tet, aku terus diam..bisu..kaku. Terus terang, aku kecik hati..sgt2 kecik hati. Lps dia tahu semua apa yg terjadi A-Z..langkah aku terbatas..penulisan aku terhad. Pujuk diri sendiri..OK..aku terima. Semua salah aku..YA..memang salah aku..

Apa makna blog ni kalau semuanya terhad dan terbatas? Kadang-kadang aku menulis bila hati aku berbisik kata-kata puitis..tapi sayang, setiap yg terpapar di salah tafsirkan. Jadi bahan bualan org..aku tak penah pulak tahu. Entah laa...aku di beri kata 2..TUTUP atau TAPIS.

Fikir..fikir dan fikir..dan keputusan aku..buat masa ini..aku pilih utk TUTUP. Lps post ini, tiada lagi Rehat,Lepak dan Luah Rasa. Namun aku akan biarkan blog ini utk jd tatapan tanpa sebarang kisah baru. Kalau ada pun blog lain nanti..tak mahu lagi pakai nama blog ini.

Buat kali terakhir..izinkan aku tutarkan apa yg terbuku di hati. Yg lain jgn terasa..:

Tak mahu lagi memuja pelangi kerana rumput di bumi lebih byk berbakti..

Utk :'Pelangi' SAHAJA..yg lain..plsss..jgn pk bukan2..

Hadir umpama sufi,
Bertandang umpama sahabat sejati,
Pergi meninggalkan belati di hati.

Umpama mimpi ngeri..
Sampainyaaa hati..

Tahniah ..
Propaganda menjadi..
Terima kasih..
Ya Rabbulalamin Maha mengetahui..

Utk pengikut blog ini..terima kasih kerana sudi menjadi teman pemerhati..maaf kan segala salah silap. Tak penah menduga, tak pernah menyangka apatah lagi sengaja ingin mencipta sengketa.

Semoga semua di lindungi Allah yg Esa dan aku mengaku, semua kesalahan dan kelemahan adalah daripada aku sendiri..Insan yg lemah dan tak punya apa2.

Aku hanya ingin hidup gembira bersama keluarga dan rakan2 - jika masih ada..

Ya Allah..jgn biarkan aku berpaling lagi..aku tahu, aku tak mampu membela diri..hanya Engkau Maha Mengetahui apa yg sebenarnya terjadi..Ampunkan Dosa aku..

Maaf Zahir dan Batin pada semua...

E.N.D

Thursday, October 21, 2010

..Lolipop..

My peberet is the blue one..Cola flavor..sluurpp..

Semalam balik kerja, lepas park kereta, mcm biasa, aku,Danish and Dania akan beriringan naik ke rumah. Kat bwh tu..ada dua org budak lelaki..(kenal lah dua2 anak sapa - sorang 4 tahun dan sorang lg dalam darjah 2 atau 3).. Tiba-tiba si baju kuning (yg besar) tegur aku.

Dia : Acik, saya nak 6 ringgit boleh bagi tak?
Aku : Ha? Nak buat apa 6 ringgit? (pelik lak..tp teruja pun ada..so aku layan kan jek)
Dia : Saya nak beli lolipop.
Aku : Nak buat apa beli lolipop?
Dia : Kawan2 saya suh beli. (tulus ikhlas nya jawapan..aku senyum jek)
Aku : Tapi tak kan lolipop sampai 6 ringgit?
Dia : Kawan2 saya ada 6 orang. (sambil pandang mata aku..sedih lak tgk)
Aku : Kalau kawan ada 6, nak 6 ringgit..so dapat bape lolipopnya? (dia kira2 jari)
Dia : Dapat 6..
Aku : 1 seringgit? amboi..beli kat mana?
Dia : Kat SQ ..boleh tak acik? (sambil tunjuk blok belakang SQ5)
Aku : Kenapa tak minta dekat emak?
Dia : Emak takde, saya tinggal sorang..(setahu aku, budak ni ada maid)
Aku : Em..auntie ada Rm6 ni..tapi janji , beli lolipop jek..jgn beli benda lain.
Dia : Terima kasih cik..(terus lariiiiiiiiiiii..suka betul)

Danish : Kenapa dia minta kat ibu? Kenapa ibu senyum jek?

Senyum la..seronok lak rasa dpt seronokkan orang lain wpun bukan2 sapa dlm hidup aku. Lebih2 lg budak2. Sebenarnya terfikir..mcm mana dia leh fikir nak minta kat aku? atau dia dah minta kat semua2 org yg lalu situ? Budak2 kan? tak leh nak salahkan pun..mcm Danish and Dania..aku dah ajar mcm2..tak tahu dia org boleh ikut ke tak.

Tapi sebenarnya..takde apa pun yg pelik dlm dunia ni. Macam aku jugak..mcm mana aku terboleh buat benda yg bukan2, benda bodoh..yg jatuhkan nama dan diri aku sendiri ..

Today quotes :
'They've been promised the lollipop but now I just get the stick".

Monday, October 18, 2010

..Action!..

Hidup ini umpama WAYANG..

Hari ni aku belajar dari seorang kawan..

'Biar tak punya kawan baik..asalkan takde musuh'

belajar je balik..Bodoh pun bodoh lah. Daripada terus tercicir..tak kisah pun org nak nasihat..aku open OK..tp org suka salah tafsir..Aku tak kisah org or kwn2 nak nasihat. Tapi biar kena cara..nasihat and 'blame' lain tau. Also, biar lah berbahasa..tu saja utk nasihat org Degil mcm aku.. keras vs keras? tak kemana..

Siapa tu musuh?
- orang yg tak mahu kawan.
- nak tgk muka pun menyampah.
- jatuh menjatuhkan.

Aku ada musuh? Entah..tak tahu. Ada ke? Kalau ada..apa yg harus aku buat?

pst: mana la p archive OCS sessi belajar aku td..ilang lak..grrrrrr...

..Wii..


Dah jarang tv kat umah tu terpasang kan? Kul 9 pm dah senyap sunyi layan buku or PC. Apa kata, kita buat aktiviti baru..layan Wii nak?

*Post ini utk Mr.Abe.


..Syok Sendiri..

Nampak apa yg aku nampak? :)

Senyum sorang2. Pandang kiri dan kanan..sekali terpandang cermin yg aku letak kan sebelah kanan aku. Hahahah..tiba2 jd bahan gelak diri sendiri. Kepala aku, badan org lain..hahaha. Adeh..leh gak lah buat penghibur diri. Terus aku snap pic. Sehsuai lak tu tudung aku ngn baju tu..matching sangat. Hahahah...layannn utk gelak2 sendiri.

Em, kena pakai earphone and nak miming pun dah segan. Kalau dgn Saharil, aku belasah jek nyanyi, kat sini segan lak. Sebab tak biasa. Aku kalau tak biasa..mmg senyap sunyi je lah. Takpe, baru lagi kot..

Masih tersenyum dgn 'mail' yg aku terima pada 12/10/2010 (11.29am). Nangis? Meroyan? Sentap? - Nehi Kabi Nehi tapi terus senyum sampai ke hari ini..Terima kasih sgt2. Syok gak jd bahan bacaan kalau bosan2.. *wink


..New Destination..

Life is like drawing without an eraser..face it, take it or leave it..


Pandang kanan - tak sama.
Pandang kiri - tak sama.
Padang belakang - tak sama.
Pandang depan - tak sama.
Pandang bawah - tak sama.

semoga semuanya akan 'TAK SAMA' sampai bila-bila.

pst: mana p aircond bilik ni..layan je lah.. eh! nampak pokok lak..ngee..


Saturday, October 16, 2010

..Mutiara kata Al-Qarni..

Mutiara kata dari Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni..untuk peringatan diri sendiri..

La Tahzan.

Kirimkan surat pengharapanmu di tengah keheningan malam.
Jadikan air matamu sebagai dakwatnya;
Kedua pipi sebagai kertasnya;
Kepasrahan sebagai setemnya;
dan Arasy Ilahi sebagai alamat (tujuannya).
Setelah itu, tunggulah jawapanNya.


Limaza Li..

Jangan terlalu bercita-cita untuk mengerjakan seluruh yang didengar.
Jangan terlalu berharap kepada setiap kawan.
Jangan bocorkan rahsia kepada perempuan.
Jangan mengerjakan seluruh keinginan.

pst : Ya Allah, jgn biarkan aku tersalah langkah lagi..kini aku sedar..hanya ENGKAU tempat aku mengadu..

Siapa Al-Qarni? Visit : http://en.wikipedia.org/wiki/Aaidh_ibn_Abdullah_al-Qarni
Penulis buku La Tahzan yg mendapat International BEST SELLER book.

Friday, October 15, 2010

..Inspira..

Pic from Paultan..klik pic for more info

'Nak?' tanya abe? Ngeeee...ada ke kereta nak tukar dgn kereta. Kalau tukar MPV ok gak..so jawapannya 'Tak Nak'. Lagipun 1st edition ni, biasanya akan kena panggil balik bengkel..so kalau betul2 nak..tunggu la yg nanti2.

Agak menarik bentuk Inspira. Takde la rupa Lancer GT sesangat. Kalau tak, sure owner GT nangis..Kalau tgk spec :

'The Proton Inspira is developed from a Mitsubishi Lancer with the choice of a Mitsubishi’s 4B10 1.8 liter engine with a 5-speed manual, a Mitsubishi 4B10 1.8 liter engine with a 6-speed virtual ratio CVT gearbox, or a top of the range 2.0 liter 4B11 engine with the same CVT transmission with added steering column paddle shifters.'

which is Abe kata OK..so sapa2 yg minat, sila lah rembat. KALAU Lancer GT pun dpt review yg agak 'kureng' sbb Ngauuman yg membingitkan telinga ketika memecut..harap2 Inpsira tidak mengaum lah..tapi..harimau sure mengaum kan? akekeke..

pst : memujuk hati supaya 'diam' sementara waktu...

Thursday, October 14, 2010

..Resam hidup (?)..


Terbuai-buai..
Ke kiri..

Melambai-lambai..
Ke kanan..

Subur..
Tak perlu di jaga..

Berbunga..
Tak perlu di baja..

Tumbuh..
Merata-rata tanpa harga..

Mati..
Kering di mamah sinar suria..

..Terbalik..


Akeke..takde pic nak letak sbg penghias cite kali ni. Citenya pasai accident kat Sg Ramal lps keluar simpang Shell. Sebuah kereta proton Saga WSE tak igt nombor terbalik dan bahagian depan adalah remuk agak teruk. Maybe di langgar oleh dua bijik lagi kereta di belakang. Em..tak tahu la selamat atau tak sebab keadaan agak tenang tadi. Harap2 takde yg meninggal.

Teringat 2 tahun lepas..balik dari Jusco Equine, ternampak accident yg agak teruk dari susur keluar dari Putrajaya ke Puchong. Rupanya2 kemalangan yg membawa maut suami kawan sekerja sendiri. huhuu..Innalilah dan Nauzubillah..semoga semua di lindungi Allah..

Mr Azril..dah tua2 ni..bawak la dgn berhemah ya..ingatlah insan2 tersayang...

..Rasa Macam Nak..


Lately aku selalu berfikir :

1) Nak let go handbag2 COACH yg aku ada..tak kira baru or yg dah guna ..
2) Nak 5s kan rumah sampai tinggal seminima barang..
3) Nak tukar unit ..nak tukar unit..nak tukar unit..
4) Nak bercuti..
5) Nak resign .. nak dok umah..

pst : My COACH website :
http://cuttheprize.blogspot.com/ - Email me your best price. ;)

Wednesday, October 13, 2010

..CaK!!..


Dari semalam, lepas 11.45 am..aku rasa nak senyummmmmm jek. Nak gelak tak boleh lah, kang org kata GILA lak. Bertembung dgn Oz..dia siap tegur 'Lebar senyum k.zai'...haahaha..sebab HAPPY Bangettt.. dan senyum terus bersambung hingga ke hari ni, maybe sok dan lusa dan selama2nya..Hahahaha..

*wink..

..Achoomm..


Hahaha..dlm minggu ni, aku dan roomate asyik berlawan bersin jek. Adeh..lawak lah ni. Sbb habuk bilik sbb kemas barang2 ke? Sorry..minggu ni jek..next week dah 'clean and clear' termasuk ngn tuan badan..

Tuesday, October 12, 2010

..C.a.H.a.Y.a..

CAHAYA..
semakin terang..
sinar ketenangan..
suluh kegelapan..
serlah kedaifan.

..R.I.N.D.U..


Letih..tak kuat..penat..

Awat? sebab angkut barang dan kemas2 bilik baru yg tak penah2 selesai.

Cerewet? Tak juga..tp ruang terhad..jadi kena pandai menyusun dan kena mula kan 5S dari mula supaya senang nanti.

Sedih? Tak juga..mungkin angin baru boleh jadikan aku insan baru.

Sempit? Sempit pun sempit lah..takpe. Tak hargai nikmat Allah..aku kena terima ada yg ada dan datang sekrang.

Rindu? Emm..a'ah. Rindu pada Ayyaz..watak dlm Novel BUMI CINTA. Ada ke manusia 'setenang' dan 'se redha' Ayyaz?

Dongeng? Takpe...byk beri aku pengajaran wpun hanya sebuah cerita rekaan semata.

Kata Ayyaz - Manusia yg sentiasa 'alpa' adalah manusia yang menanti esok hari dengan berfikir :

"Apakah yang aku lakukan esok tetapi tidak berfikir, APAKAH YANG ALLAH AKAN ATURKAN UNTUK AKU ESOK" (lebih kurang..kena rujuk buku balik..ngee)

Menanti? Yap..tunggu kelahiran BUMI CINTA 2 ..kalau ada - sebab watak Natasha dan Ayyaz belum lagi tamat..kan?


Monday, October 11, 2010

..Broga (?)..


Kredit to : Limau Ais website - Gambar ke Kayangan

Broga? Tet!! Bukan nak cite aku p naik Broga and off course dah lama gila tidak mendaki. Ni nak cite pasai Bukit Broga yg dlm pre-wedding Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina. Kata seseorang, gambar tu di ambil di Bukit Broga. Ek? Langsung tak sama dgn Broga betul..Editing habis ni...Broga 'real' lagi lawa kot.. ;)

Friday, October 8, 2010

..T..T and T..

..Black and white..


Terjadi tak di rencana..
Tersungkur kerana tak sempurna..
Tersedar sebelum terus lena..

Tak pernah nafikan dosa..
Tidak pula mengaku diri sempurna..
Tak juga meraih simpati daripada sesiapa..

Tak terfikir tak terduga..
Tak kena tak merasa..
Tak suka tak apa..

..TAHU ALLAH MAHA BERKUASA..

Thursday, October 7, 2010

..Rehat,Lepak..

Sekadar gambar hiasan..ngeee..

tapi tak leh 'Luah Rasa'. Nak kena tukar nama blog ni rasanya..sbb keterbatasan utk berkata-kata. Di beri 2 pilihan...Tapis atau Tutup, so, apa lagi yg ada pada nama Rehat,Lepak dan Luah Rasa? em..maybe patut tukar surat beranak, jadikan ia 'Tongkat Dagu Gigit Kuku' supaya kena dgn isi blog ni yang tak mahu di tujukan pada siapa or mana-mana manusia.

Kenapa eh? lately badan ni asyik lemah saja. Kadang2 penin kepala, kadang pedih mata, kadang2 lepas makan tak tahu makan pergi kemana coz pasti lapar semula dan kadang2 nak bernafas, kena tarik panjang2 dan berjela2. Apa halnya? Sebab lama dah tak berpoya-poya keluarkan peluh supaya banjir satu kota? Kenapa ni???

Danish dan Dania..dah besar dah..uhuk!

Emm..Tahun depan, usia Dania Hamimi masuk angka 5, maknanya..perlu ke tadika pula. Pening gak kepala, nak hantar kemana? Smart Readers? Q-Dees, Abim atau tadika biasa. Agak panik sebab Dania lebih pandai berkata-kata daripada membaca atau mengira. Bukan lah langsung tal tahu apa2..cuma nampak agak perlahan daripada abang dia. Em, tadi bersembang dgn cikgu Dania, katanya - 'Dania antara 3 orang pelajar yg cepat dan senang belajar semua benda'. Ohh.baru tahu sebab kat rumah..Dania hanya lah anak manja yg apa pun tak mau buat atau dia buat dek saja. So, aku terus aku decide akan masukkan dia ke ABIM. Senang sket satu jalan nak hantar ke sekolah bersama abang dia. Now pun aku tgh belajar hantar dan amik Danish ke sekolah. Happy betul dia bila aku ckp aku akan hantar dia..memang dari dulu..dia rayu aku hantar..dan skrang, dah tiba masa, aku tunaikan tanggungjawab aku pulak. Kadang2 abe hantar gak. Danish kata 'Kalau babah hantar...danish kena awal lagi..padan muka Danish'..haahah..tu la..takpe..belajar displin kan diri..lama2 ok nanti..

Dan aku masih di opis lama..sorry ya tuan tanah...saya usaha keluar segara. Maklumlah, dari rumah besar nak ke umah 'biasa2'..byk benda nak kena 5S kan semula..buang semua..ok gak kan???

pst : masih berfikir utk berhenti kerja......bosan lah kerja!!! ngeee...


..Yenadeyyy..

Huh! PC sapa la ni..tak friendly langsung..

GrrRRrr..penat menaip..patutnya blog ni autosave, tapi sbb connection kat PC ni bengongg..abis semua. Isk..nak ulang taip pun dah tak tau nak taip apa. Benda taip dari hati..mmg dah takleh nak ulang2 taip lagi..kang jd cite tak ori..eee..sapa la punya PC ni...marah niiiiiiii..!!!!!!

..Borak2 Dania..

Dania..4 tahun yang lalu..:)

Nantuknya mata ni..dah lama makan tak kenyang2. Apa kes? Badan lak asyik rasa tak besh jek. Em..jom layan bosan jap ..

Situasi 1.
Suatu petang di dalam bilik aku.
Dania : Ibu..orang zaman dulu takde rumah kan? Dia org tinggal dekat mana?
Ibu : Takde, dia orang tinggal dalam gua, atas pokok (pandai2 je aku) dan dlm khemah.
Dania : Zaman dulu dah ada org jual khemah ke?
Ibu : Hahaha..khemah tu..mcm dlm gua laa atau buat dari ranting2 kayu (pun jwpn belasah).
Dania : OooooOo...

Situasi 2.
Atas bot kat Melaka.
Dania : Ibu...kenapa daun tu terapung?
Ibu : Sebab dia ringan.
Dania : Oooo..tapi kenapa bot ni terapung juga?

Ibu : Babah..sila jawab..
Babah: sebab bot ni..bla bla ..berckp dgn detail ttg konsep apungan..ayark!
Ibu : hahha..dah la babah..pening lg kang budak ni..Za pun lom tentu faham..
Hahaha...so tiada jwpan utk Dania..

Situasi 3.
Dalam kereta on the way hantar Dania pergi sekolah.
Dania : Ibu..kecik2 dulu ibu putih ke? (sambil merujuk pic ID kerja aku)
Ibu : Hahaha..kenapa dania tanya mcm tu?

Dania : Ni tgk gambar ibu ni..putih jek. Cerahh jek Dania tgk.
Ibu : Tak lah..ibu mana cerah..kan gambar je tu..
Dania : Oooo..tudung ni pun tak lawa..ni tudung lama kan?
Ibu : Dah la mek..byk lak komen..
Dania : hehehehe..

Situasi 4.
Dalam bilik semasa aku siap2 nak g kerja.
Dania : Ibu..ibu pakai lipstick ke?
Ibu : Ye la ..
Dania : Ibu..ibu jgn pakai lipstick warna pekat2 tau..pakai warna yg tak terang jek..tau.
Ibu : Kenapa? Ni kan tak terang ni.
Dania : Sebab Dania rasa, kalau pakai terang2 tak lawa...
Ibu : Pandai2 je la kamu..
Dania : Betul ibu...nanti jd mcm Siti Kelambai..
Ibu : Haiyoo..byk nya pengaruh TV .. bila masa la Nia tgk Siti Kelembai?

Dania : Kat sekolah la...
Hahaahahancursss ..

Tuesday, October 5, 2010

..Pengintip..



Saja nak share. So lepas ni kalau nak ada maid kat umah ke atau g jalan mana-mana, boleh le telek2 benda2 ni kat hotel2. Kot2 lah kan.. ;)

Monday, October 4, 2010

..Kelaparan..

Hobi terbaru aku adalah MAKAN. Syioknya makan. Aku makan dah tak kira time sampai ke lewat makan..rasa lapar jek..aku makan. Tapi rasanya skrang ni 24jam aku kelaparan. Setakat ni, suar xs aku masih OK..baju pun OK...cuma jam jek aku rasa dah makin ketat. Kalau naik penimbang..still mainten 42kg. Adeh..bila la nak naik ni??

Skrang ni, aku dah mula happy dok kat opis. Kenapa? maybe sbb aku dah ada roomate. Roomate yg dah lama aku kenal dan aku kawan dan gila2 (atau dia mmg gila? hahaha.)Skrang ni..rasa seronok sbb kadang2 ah woon dtg masuk bilik...kdg2 si nuui masuk..terasa suasana dulu. Yg paling besh..ckp ikut suka jek..ko belasah aku..aku belasah ko..janji rock. Tapi kejap je la..lps ni aku akan pindah. Sunyi balik? Tak tahu la...semoga aku kuat menghadapi sunyi kembali.

pst : kpd semua..'cukup eh'? saya mahu tutup BUKU..saya sudah penat..semoga Allah lindungi semua dan semoga kita semua gembira selaluuu...siapa salah..siapa benar..Allah je tahu..termasuk lah salah aku...

Sunday, October 3, 2010

..P.e.N.a.W.a.R..

Klik pic utk lagi2 pic

Adeh! Nantuknyaa..tapi baru 9.27pm ni. Nantuk and penat coz baru balik dari selatan dan nantuk sbb terlebih makan kambeng..nanti cite pasai kambeng..

Semalam ikut abe g kenduri kawan dia kawin kat Parit Botak, Batu Pahat, Johor. Ate takde kerja ke g kenduri jauh2? Saja je jalan2 supaya freshkan kepala dan hati. Lepas kenduri tak tau nak plan ke mana..ke kiri Pontian Kechil - rumah tok aku atau ke kanan terus ke Bandar Batu Pahat - rumah sepupu aku...emm..yg mana 1? Aku sms Mona sepupu aku..dia tak jwb2 lak..so decide ke Pekan Nenas Pontian, nak p lawat Tok..lama tak tgk dia. Tiba-tiba Mona call and terus le ke Bt Pahat..Oh! Besar jugak rupanya BP ni..byk gak Mall ek? Naik pening gak nak cari carefour yg menjd landmark umah Mona. Cari punya cari...jumpa la itu carefour and Mona amik kita org kat situ. Dok umah dia..huhuh..syiok seh. Tak kerja..dok umah mcm tu..ni yg buat aku tak sabar2 nak resign ni..akekeke. Sebelum cabut..Mona and hubby hidang nasi beriyani gam Bt. Pahat..pekena kambeng laa...apa lagi..sedap2..tp kena pandai pilih kedai kata Mona. Sebelum maghrib terus zoommmm..ke Melaka.

abang..teruslah 'pimpin' Za..

Kat Melaka lepak budget hotel jek sbb dah malam tak berbaloi langsung nak dok hotel mahal semata2 utk tidur lena. Kul 10 pagi dah check out dan terus g ke Bandar Melaka. Park keta and pusing2 jln kaki..eleh, kalau kat Europe leh jalan kaki, kat Malaysia apasalah nya jalan gak kan? Masalahnya ialah PANAS giler..hahaha..Redahh jek. Jalan-jalan..amik gambar..naik bot..makan asam pedas..beli jajan..beli cenderamata..makan cendol..masuk muzium and terus balik. Kul 5pm dah sampai Bangi. Syiok? Yeahhh! syiok la..dah lama aku tak jln2 dgn membawa sepenuh hati. Kali ni dan mungkin selamanyaa..tak mahu berpaling lagi. Sebab tu lah tajuk post kali : PENAWAR..cuti-cuti - aku sedang gigih merubat diri sendiri dan abe juga sedang berusaha memberi aku kekuatan kembali. Kata lah apa org nak kata..'tak terkena' tak tahu apa yg aku rasa..ni benda yg aku pegang sekarang 'Utamakan lah pandangan Allah daripada pandangan manusia'.Poyo kah? Biarlah..bykkkkkkk sgt yang aku belajar daripada kesilapan sendiri dan bykkkkkkkk sgt yg aku belajar tentang manusia bila benda ni terjadi..HIKMAH? Abe sentiasa di sisi..

pst : malam ni makan kambeng lagii..ni yg makin lemau ni..ahaks!

Friday, October 1, 2010

..Saja2 buang masa..


'Anak-anak adalah zaman lampau mu dan ibu bapa adalah masa depan mu'. Maksudnya, perhatikan sifat anak2 kita. Kalau kita rasa dia baik,nakal atau apa2 saja lah yg memeningkan atau menyenangkan kita..itu lah perangai kita. Emm..betul ke? Aku terbaca benda ni di FB. So..aku renung semula perangai anak2 sekarang ni. Danish Hakimi memang agak payah nak ngam dgn aku sbb aku nampak perangai dia mmg ada la sket-sket mcm aku. Perangai apa? malas la nak taip..akekek. Dania Hamimi lak..tak sama langsung dengan aku. Manja..rajin and apa ek lagi. Ni bukan perangai aku. Aku manja? Tak kot..tp di manjakan. Maybe perangai abe sbb abe tak pernah cite perangai dia kecik2..ahahaha. So, kalau kita rasa rimas dengan anak2 kita...fikir lah mcm mana perangai kita....maka, bawak la bersabar sbb itu adalah kita. So, fikir lah, kalau mak penin dgn kita..itu lah kita rasa skarang..ahaks!

'Ibu bapa adalah masa depan kita'. Uiksss...betul ke? So masa dpn tu masih di depan. Jika ada sifat ibu bapa kita yg kita rasa tak kena dan tak mau jd mcm dia orang yakni (poyo gila 'yakni'..akeeke) bukan sifat negatif..tp sifat yg buat kita tak leh nak sabar dgn dia orang..so fikir2 kan lah utk berubah supaya anak2 kita tak ilang sabar gak dgn kita nanti.

Memori sebuah famili ;)

Apa yang jd pada aku lately..buat aku byk berfikir. Walaupun aku tahu mengeluh tu tak baik..tapi masih bertanya 'kenapa aku?'. Renung kembali diri..tgk salah dan silap diri..kaitkan dgn semua kelemahan diri dan terasa..'lemahnya diri ni'.

Kepada diri sendiri..'belajar lah dari kesilapan dan jgn berpaling lagi. Sayangi diri sendiri dan belajarlah utk menghargai apa yg Allah beri. Percayalah..apa yang terjadi, ada hikmah yang tersembunyi (which is aku dah dpt rasa..cuma perlukan sikit je lagi masa utk selesaikan semua).'

pst : sdg menanti abe tgh mengajar murid kelas dewasa 'control sistem'.. ;). wahai 'Anak murid'..sorry ya..lampu tu bisinggg..tttttteeeeeeeeeeeeettt..haahahah..dan..FAHAM ke?

..Lawak..



ni kumpulan lawak yg paling aku tak suka..sbb lawak dia, lawak B*ng*ng!

hahaha..ada org selalu ckp..blog and status FB aku macam org sedih nak tunggu mati jek..hahaha. Petang ni ada 1 cite lawak terjadi dan nak share? tak yah lahh..cukup lah aku cakap..buat lah lawak ..semoga terus gembira hingga ke hujungnya..

dah lama tak gelak mcm ni...adeh..betul2 KELAKAR NAK MAMPUS! Betul2 SENARIO..

Thursday, September 30, 2010

..Rumah..

Quarters UNITEN dan apartment student

Tadi lalu kat Tasik Cempaka Bangi and tgk banyak gila rumah besar lagi lawa kat tepi2 jalan. Kebanyakkan rumah kat situ 3 tingkat dan berkaca. Cantik..tapi jenuh nak buat langsir nanti.

Dari kecik, aku duduk quartes polis. Masa abah berpangkat Kopral, kita org duduk berek polis dua tingkat tapi bukan la atas bawah rumah yg sama. Kita org dok tingkat atas rumah No 792 Block E (asal aku google 'berek polis' kuar gambar CT lak yg byk? hehehe). Ada 2 bilik, 1 ruang tamu, 1 dapur, 1 tandas dan 1 bilik air. Tandas ngn bilik terletak dekat luar dapur. So malam kalau siaapa yg penakut, mmg kena berteman la wpun sebenarnya tandas tu masih consider kat dalam rumah cuma nampak keluar terus dan ada balcony. Bila abah naik Sarjan, kita org pindah ke rumah bawah. Semi D. Alhamdulillah..rumah agak besar dgn 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang makan, 1 dapur, 1 tandas, 1 bilik dan 1 ruang kecik kat dlm rumah. Sangat selesa.Lepas tu di tukar kan Alor Setar dan duduk rumah teres setingkat. Sempet seh. Tapi sebab aku jauh kat KL..tak terasa la sangat.

Bila aku mula bekerja, aku cakap, aku dah tak mau duduk quarters lagi. Ye la..dari kecik dah dok quarters. Lps study, aku kerja dekat Klang dan duduk apartment 2 bilik kat Bukit Kuda, Klang. Sewa berdua so sangat2 la selesa. Sebelum pindah ke bukit Kuda tu, aku tumpang sepupu kat Vista Angkasa. 1 rumah 15 orang..1 bilik 5 orang. Hahahaha..tapi aku duduk dlm sebulan je lah. Kojol kalau dok lama-lama.

Bila berpindah ke UNITEN ni, aku menyewa dgn lecturer dan kemudian berpindah duduk dgn kawan lain tapi still apartment yg sama. Bila dah kawin, aku duduk lagi kat apartment yg sama..kat sini org panggil Murni dengan sewa RM700 sebulan. Separuh gaji aku macam aku pulang balik pada UNITEN masa tu. Dah la umah tu kecik. Tak sampai 3 tahun, aku pindah ke Puchong. Rumah yang di beli oleh abe. Rumah teres 2 tingkat dengan keluasan tanah 18x70, ada 3 bilik tdo, 1 bilik org gaji. Agak kecik tapi OK la..at least rumah sendiri kan? Kalau renovate, wpun dah tak boleh lebarkan, tapi OK kot.

Now ni..aku ada kat QUARTERS balik. Hahaha..amik. Tak nak sangat dok quarters, tapi ini jugak yg aku pilih. Senang, selesa dan yang penting, lagi besar dari rumah aku kat Puchong. Quarters UNITEN ni mmg sangat2 selesa..tapi sampai bila nak dok sini? Aku nak duduk rumah :

1) Penthouse - ni berangan je lah. Aku tak berapa berkenan rumah atas tanah. Masa kat Puchong, mcm dok dlm penjara je. Semua kena kunci. Adeh..letih. So. aku impikan rumah besar di tempat tinggi dan ada ruang untuk santai. Pergghh! (Abang..jgn gerun eh, ni impian jek ;b) So Penthouse lah paling kena dgn tajuk Impian..hahahha..

2) Townhouse - aku bayangkan townhouse ni mcm rumah yg aku duduk dekat Amsterdam ari tu. Syioknya. Kat bawah ada dapur, ada bilik..lepas tu ada tangga naik ke atas. Ada ruang tamu dan bilik. Pastu deco ala2 moden kontemporari. Hullamak..leleh.

Tapi aku tahu..kedua2 rumah idaman aku adalah mahai..so..dapat Semi D pun Okek..tak pun apartment yg dua tingkat belah dalam. Amin.. ;)

pst : penin kupala..duplicate kunci..1 pun tak leh guna..hampeh je la kena p hantar balik.GrrrRrrr..

Wednesday, September 29, 2010

..Serabut..


Esok dah 30hb..tapi aku masih kat sini dlm keadaan yg serabutttt..malasnyaaa nak mengemas! Hire cleaner leh tak? hak hak hak...


Sunday, September 26, 2010

..Lipat Baju..

Pagi tadi, Danish tunjukan mesin lipat baju yg dia buat ikut youtube. Oh! dah buat ek? huhhuuh..so mari kita tgk demo. Nampak agak mudah utk baju2 kecik sbb kotak yg dia buat adalah kecik..

Mula2..lipat tgn..

lepas tu lipat tgh...

lps tu lipat bawah..

tadaa..siap!

Lepas dia lipat hampir 20 helai baju..'Ala..sakitnya pinggang'...hahhaa..aku ckp..'Hahahha..tau takpe'. Dia ckp 'Patut la ibu malas nak lipat..sakit rupanya'..bagus2..memahami..ahaks!!

idea mesin : youtube

Saturday, September 25, 2010

..Blogging..

Stronger than yesterday? Hopefully..

Adeh! Aku dah cuba sebaik mungkin menapis dan menghadkan supaya blog ni tidak jd topik perbualan orang. Tapi nampaknya..ada gak yg dok tertanya2..'kenapa'..'siapa' dan 'apa2' saja yg ada dlm blog ni dan paling menyedihkan..menjd bahan ckp2 orang dan paling menjengkelkan..ada yg gunakannya utk 'tikam aku' dari belakang. Kenapa buat cerita kalau tak tahu? atau2 buat tahu atau sengaja nak bunuh aku? Apa motif? Takut? Hah..

Kenapa aku menjd blogger? Sebab aku suka menulis. Dari mula..aku cerita ttg bahagia..ttg duka dan sampai 1 masa, Allah bg aku sedikit je Ujian yg buat hati aku terluka dlm alam rumahtangga. Goyahnya aku..semua aku nukilkan dlm bentuk tulisan dan penuh dgn kiasan tanpa fizikalkan org yang aku maksudkan. Dari situ..Allah turunkan aku 'pelangi' yang kononnya akan isi kekecewaan hati..
(* jgn tulis bukan2 - pesan abe) ..ok..stop..kalau tak..mmg aku cerakinkan semua..

Last sekali..Ya Allah, syukur alhamdulillah, Kau kurniakan aku Ramadhan yg indah tahun ini. Syukur ya Allah, Kau dengari doa ini..Kau tunjukkan kebenaran dan Kau paparkan setiap lakonan tanpa perlu aku gali jauh ke dalam lautan. Ampunkan aku..

Kepada 2 org teman..'salah besar' yang aku lakukan pada kalian hingga aku hilang kawan kerana ada pulak yg sesedap rasa menambah bahan supaya aku di pulaukan..semoga Allah saja berikan pembalasan. Serendah hati..harap kesalahan di maafkan.

Kepada rakan2 yg sudi memahami apa yg terjadi wpun dgn hanya meneka2 isi blog ini..terima kasih daun keladi. Harap Allah lindungi semua dan kalau ada yang tak kena..tegurlah aku seadanya..dan jgn takut bertanya. Jangan bermuka2..jgn bermain teka2..aku sentiasa sudi mendengar dan menerima apa adanya nasihat dan teguran semua.Ya Allah..hanya Kau Maha mengetahui, siapa kawan dan siapa lawan.

Kepada suami..terima kasih...terima kasih..terima kasih. Jadilah 'kekasih,sahabat dan teman Za' untuk selama2nya..dunia dan akhirat. Kirimkan lah Za ke syurga dan jauhkan lah Za dari neraka.. (sedihnya). Panjang usia..byk lagi dugaan yg bakal menjelma.(seram).

pst : Apa agaknya ending hikayat si pari2 ni? Aku serahkan semuanya pada yg Maha Kuasa.

Friday, September 24, 2010

..PancinG..

Hobi baru aku : melihat orang memancing..dapat rezeki, tak dpt cuba lagi..tahap kesabaran dan skill kena tinggi..

..Moving..


Har har har..lom abis sepenuhnya..dah ada munyik2 lak. Kenapa zai dok situ? Kenapa zai pindah situ? Bahaya ni Zai dok sini..adeh!

Kepada semua yg sangat prihatin..selepas 10 tahun aku dok 'Semi D' mewah ni..dan atas sebab2 tertentu..maybe tak bayar cukai tanah..atau sbb tak layak duduk kat tanah mahai..aku di minta keluar dari sini. Dua pilihan je di beri.. 1. Bilik yg aku pilih sekarang 2. Cubicle NASA..hah? tak mau aku..so aku pilih bilik skrang..kira dari Semi D pindah umah teres biasa la..ngeee..dan aku akan ikut cakap puan :

'Tutup telinga, pedulik apa org nak kata..dan kalau org tanya..suh tanya dia je saya direct and Zai, you must learn how to 'tutup telinga and pedulikan ckp orang'..ngeee...so kepada yg prihatin..terima kasih..doakan saya selamat di situ. InsyaAllah. Aku pun dah diskus dgn kawan baru..dia pun ok dan yg paling penting..abe aku tahu..dan lps apa yg jadi..ingat aku akan tewas lagi? No Way ...InsyaAllah...amin..

Aku dah pertahankan hak aku dan aku berjaya pertahakan selama setahun jek..so sampai sini je hak aku ini utk di nikmati..mungkin ni semua ada hikmah atau balasan..uhuk..dush!!

pst : di mana keadilan..kata nak ikut gred..ikut lah betul2..skrang dah mcm rojak..dan aku? MANGSA..mmg di lahirkan utk jd MANGSA ke? nauzubillah..astarafirullah..semua ada hikmahnya..kan?

..Kisah Tentang Bulan..

Bulan pada jam 8.10 am tadi..

ini kisah tentang bulan
bulan bintang jadi kawan
begitulah persahabatan
yang cuba kami eratkan
moga berkekalan selamanya
- lagu tema drama 'Tentang bulan'..suka dgr chorus ni'

Terpegun pulak tgk bulan di siang hari. Gambar ni aku snap jam 8.10 am td..kenapa bulan tak tidur lagi? Semalam..aku dah mcm bulan..tak dpt lelapkan mata wpun sekejap. Opss..jgn salah faham, tahu malam tadi malam jumaat..tapi..jgn fikir bukan2 ya. Semalam..entah kali ke berapa aku hadapi situasi mcm ni. Aku tak boleh tidur wpun sekejap. Mungkin juga sebab perut aku yg berangin a.k.a lapar..dan mungkin juga sebab 'dugaan' yg aku hadapi semakin hari..seolah-olah Allah tunjukkan apa yang dah terjadi. Pelik..dulu aku penah cuba selongkar sendiri..tapi sekarang..semuanya Allah tunjukkan tanpa perlu aku gali. Apa lagi selepas ini..Ya Allah..berikan aku kekuatan wpun seinci..

pst : betul ke doa org yg di aniaya di makbulkan Allah? Itu janji Allah kan? Amin..


Wednesday, September 22, 2010

..SuSu..

Sedap tau..cuba lah..

S for Susu..or S for sewel. Stress aku dgn tenet kat umah ni. Kejap OK..kejap KO. OCS dgn Bery..dia suh pakai proxy..sama je hasilnya. So,remote je pc opis. Sebenarnya takde apa nak cite..tadi siang amik 1/2 day dan tdo dari kul 2.30 pm sampai 5.30pm..ngee..anak2 main kat ruang tamu tak kacau aku. Fuh..heaven! Bangun2 terus penin dan now ni..langsung tak ngantuk. Tapi nak buat apa?

Gambar kat atas tu bukan nak promote Anlene..just nak share..akhirnya, aku jumpa juga sumber Kalsium yg aku boleh minum tanpa loya. Sehari 2 kotak dan alhamdulillah, ada sponsors..so, mari manfaatkan anugerah yg ada. Penah beli setengah dozen Anlene Vanilla..alih2 expired je dlm gobok. Tak lalu seh.. and now aku belajar minum air yogurt..dah tua ni..byk benda nak kena jaga...kalau tak? tanggung lah sendiri..kan?

pst : rindu pada bumi Amsterdam..(poyo kah?..ngeee)

..S.T.U.C.K..

Somebody HELP me..

Hah! Tak tahu bila la kemelut BOSAN aku nak abis. Aku betul2 dah B.O.S.A.N dok kat sini. Last month, aku jumpa bos (puan) minta keluar dari unit Dev. Apa la susah sangat? Aku tgk orang lain senang je keluar masuk unit or jabatan. Kenapa aku susah sgt ni? Nak kata aku ASET Dev..kelakar gila lah tu. Teringat lagi, dlm 5 tahun lepas, aku minta keluar dari Dev ke unit grafik..bos tak lepaskan juga. Aku rasa, aku dlm Dev ni pun tak fungsi sangat..so..LEPASKAN je lah! Dah 10 tahun aku dlm DEV..STUCK..let me out! Pls....

Hari ni result Kompetensi keluar. Alhamdulillah..tapi sessi CARAS belum lagi..so jgn lega sgt. KPI pulak..aku OK je kali ni. Kalau tinggi pun, lps proses CARAS, sure turun..so terima seadanya.

Thinking of ..BERUBAH terus secara drastik..

Time2 macam ni, teringat pulak offer abe 'letak notis 3 bulan'. Mungkin aku perlu solat Istikharah minta petunjuk. Tapi kalau ikut kata hati, compem la jawapannya - RESIGN. Kecewa betulah dgn apa yang jadi..sedikit sebanyak dah rosak hati aku. NgokS!

pst : petang ni nak tidurrrr jek...

Tuesday, September 21, 2010

..SaNgaP..

Adeh..dari semalam, sejak masuk kerja..mata ni asyik nak pejam jek. Petang smlm, dah tak tahan sgt..aku tdo je kat 'pot' biasa dlm opis..hahahahancurss. Ni la bahananya kalau hati dah takde kat tempat kerja. Cari pasal lagi, dari elok2 happy..terus jadi hampeh. Lagipun 1/9/2010 ari tu, genap 10 tahun aku kat ITMS..aje takde masalah? Hahaha..lantak lah. Perlu ke fikir sampai senak? Tak hengen.. dan opis aku adalah kucar kacir..ada 9 hari je lagi..layan kan jek..tahap malas nak fikir apa yg akan jd kat aku kat opis adalah infiniti..belasah jek.

Tidur itu SYIOK seh!

Ni saja je menaip ni. Anak2 dah lena dan abe g PAKA sampai Jumaat. Kalau dia ada..malam ni patutnya layan DVD seterusnya - 'Confession of shopaholic'.Dah dia takde, malas lak nak melayan sorang2..lagipun minat tgk movie ni dia..aku? Layan gak janji dia tak buat donno kat aku mcm dulu2..heee.

Sambil menaip ni, sambil mengunyah. Aku rasa, kerja aku skrang asyik nak mengunyah jek...tapi berat tak naik2 pun. Ikut hati, tak mahu naikkan berat sbb aku selesa dgn bdn ni..takde 'spare tyre' adalah sgt seronok. Duduk pun tak 'seeh'. Ni pun rasa mengah jek. Perlu ke aku peduli org dok kata aku kurus ek? Emm..jap nak fikir..tet!!

Dah nak jd anak dara

Tiba-tiba teringat dekat mek ni..Dania Hamimi. Aku tgk dia yg nak masuk 5 tahun next year ..sedih lak rasa. Nanti makin besar..makin ilang la chomeynya. Nanti dah tak pipi gebu yg nak aku cium.

Tido lah..takde apa nak buat pun...nite! ZZZZZZZZZzzzzzzzzz....


..T.E.L.U.S..

Ada ke orang punya hati SEPOLOS ini? Putih Suci..(geleng kepala)

Apa makna TELUS? telus pada aku adalah Tulus dan adik beradik POLOS yakni, terlalu mudah berterus terang, terlalu mudah percaya orang dan terlalu takut utk menipu. Mungkin juga terlalu baik utk bercerita kpd orang benda2 yang tak patut cerita dan tujuan bercerita just sebab seronok2 nak share dgn org yg di rasakan selesa dan boleh percaya. Aku rasa, penyakit aku yang paling sukar nak buang ialah TELUS. Twit! aku tak kata aku baik okek. Cuma aku terlalu cepat percaya orang dan cepat gelabah kalau berbohong. Tapi aku manusia yang tak takut mengaku salah..

Kenapa tulis topik ni? Tiba-tiba je kan? Sebab aku skrang dlm tempoh muhasabah diri. Renung balik apa yang jadi dan kenapa ianya terjadi. Aku rasa, ini lah benda yg buat aku senang di tipu selama ni. Tak kisah la oleh siapa dan dengan siapa..tapi kenapa aku tak boleh nak belajar dari kesilapan? Aku paling pantang kena TIPU dan memang dari kecil mak abah ajar jgn menipu. Bila benda ni aku boleh praktik kan..even takde istilah Tipu Sunat dlm diri aku, jadi aku anggap semua orang yg di didik dgn baik oleh mak bapak ...tak kan menipu. Em..baik sgt ke aku ni? TAK! ini aku tahu..cuma..aku kena ubah diri skrang. Bukan lah berubah jadi penipu lak..cuma..kurangkan berckp dan kurangkan bercerita benda2 yg tak perlu. Kadang2 bila aku seronok bercerita itu ini..mungkin ada pulak yg ingat aku riak..so..jalan terbaik ialah DIAM kan?

Snapped by Dania Hamimi..sekadar pic hiasan..;)

Tadi masa angkat almari..tukang2 angkat tu ckp 'suh Zai pilih sendiri..dia ni cerewet. Network down cepat je komplen'. Hahha..siot! Sebenarnya korang tak tahu..aku ni umpama helpdesk kpd kawan2 aku..sebabnya maybe aku dah biasa dan dah lama kat sini..so aku la yg tak berapa nak malu nak complaint. Tapi sikap jd 'helpdesk' tak bertauliah ni pun bahaya gak..nnt org fikir aku jenis tak puas hati lak. Takpe..mari berubah. Aku maybe akan jadi mcm aku yg dulu. Orang ckp, dengarkan jek..lps tu sengeh jek. Kalau perlu, baru bercakap. Harap 'kawan baru' aku nanti pun jenis tak byk ckp. Tapi dia panggil aku 'awak'...alahai..Fobia lak..ngeee..

pst: sakit seh perut aku tolak drawer tadi, berat gila..

Monday, September 20, 2010

..Tongkat Dagu..

Now ni 9.08am dan aku masih berada di kerusi lama sblm beralih angin ke tempat lain. Tongkat dagu sambil belayar di alam maya. Baca blog orang, baca paper..ada lak yg gantung diri tak tahan tekanan hidup. Astarafirullah..Nauzubillah. Check FB kat enpon and malas nak layan plok. Kawan2 masih ada yg cuti, ada yg MC dan ada yg puasa. So, aku duduk je lah tak g sarapan. Nak niat puasa 6 sempat lg ni. Tp dah terbayang lak nasi kat umah utk lunch..dan now ni, tak lapar pun..

Dalam keadaan bosan mcm ni..tiba2 terfikir balik offer abe 'Letak notis 3 bulan'. Em..perlu ke? Pagi tadi bila dah kena bangun awal semula lps berseronok2 (seronok ke?) bercuti..mula la agak liat nak buka mata. Sebab anak2 nak sekolah, compem lah kena bangun awal. Sediakan semua keperluan dan solat subuh. Lepas tu aku letak kepala balik. Itu lah satu habit yg boleh memeningkan kepala sbb tido2 ayam sblm bangun semula utk mandi memang la tak elok. Nanti badan pun jd lemau. Tapi tahap kemalasan lagi tinggi maka, layankan juga mata sekejap. So, kalau aku tak kerja pun..still kena bangun awal kan? Kena hantar anak2 g sekolah sendiri..kena kemas rumah, kena masak ..uhuk! Boleh ke? Tapi org ckp...alah bisa, tegal biasa. Lagipun, aku kena betulkan niat dulu kalau betul2 nak resign. 1st..bukan sbb masalah yg aku hadapi..bukan sbb aku nak lari dari orang. 2nd, niat kena lah sbb nak jd isteri yg baik supaya aku boleh jaga semuanya..tapi, mampu ke aku? 3rd..aku kena fikir backup plan supaya ada gak RM masuk dlm poket aku. Duit bukan lah masalah setakat ni..alhamdulillah. Even kdang2 aku kuar shopping, tak bawak wallet pun..semua abe tanggung. Lepas buat 'list' kegunaan gaji aku dan semua benda yg abe tanggung..memang tak luak pun duit aku kecuali aku ikut nafsu berpoya2 shopping online. Biasanya duit (selain bayar kereta dan bg mak abah sket) aku guna kalau minta apa2 kat abe .dia ckp 'NO'..maka duit aku lah jd sasaran. NO tu still YES lah dari abe...maknanya..bukan dia tak izin beli barang tu..cuma dia tak nak banje..kalau guna duit sendiri..Go On..hahaha. Aku pun bukan leh jenis DEGIL sgt mcm org dok ckp...and so..'Apa keputusan aku?' ..Ya Allah..beri kan lah petunjuk dan jalan. Tapi tipu lah kan kalau apa yg jd ni tak dorong hati aku fikir2 benda2 mcm ni..Allah je yang tahu.

Tak sesedap yg dekat Europe..

Semalam p Mines and tak join pun jalan2 raya yg dia orang buat. Tahun ni, memang tak raya sakan..kenapa? Ada jwpan,tapi tak boleh taip kat sini. Kat mines, lps having lunch Sushi, terus pusing2 cari jam..Thanks eh abang..and masa kat Giant, terpandang croissant and terus teringan kenangan kat Europe. Sedapnya croissant cicah kopi dan ruginya aku 'sia2'kan percutian kat Europe ari tu. Padan muka, ikut hati lagi. B.A.N.G.A.N.G!

Mcm mana DVD leh sama dgn VCD ni? dah salah beli..

Mcm aku tulis before this, aku mmg suka collect dvd/vcd cite ala2 L.O.T.R. Semalam, aku beli Clash of the Titans (CoTT) dan Prince of Persia utk tambah koleksi wpun aku tau cite ni dah ada org download dan ada gak jual DVD pirate just for RM4 sekeping. Tapi sayang la..aku ingat kan CoTT tu DVD..rupanya VCD jek..ngeee..