Thursday, October 7, 2010

..Rehat,Lepak..

Sekadar gambar hiasan..ngeee..

tapi tak leh 'Luah Rasa'. Nak kena tukar nama blog ni rasanya..sbb keterbatasan utk berkata-kata. Di beri 2 pilihan...Tapis atau Tutup, so, apa lagi yg ada pada nama Rehat,Lepak dan Luah Rasa? em..maybe patut tukar surat beranak, jadikan ia 'Tongkat Dagu Gigit Kuku' supaya kena dgn isi blog ni yang tak mahu di tujukan pada siapa or mana-mana manusia.

Kenapa eh? lately badan ni asyik lemah saja. Kadang2 penin kepala, kadang pedih mata, kadang2 lepas makan tak tahu makan pergi kemana coz pasti lapar semula dan kadang2 nak bernafas, kena tarik panjang2 dan berjela2. Apa halnya? Sebab lama dah tak berpoya-poya keluarkan peluh supaya banjir satu kota? Kenapa ni???

Danish dan Dania..dah besar dah..uhuk!

Emm..Tahun depan, usia Dania Hamimi masuk angka 5, maknanya..perlu ke tadika pula. Pening gak kepala, nak hantar kemana? Smart Readers? Q-Dees, Abim atau tadika biasa. Agak panik sebab Dania lebih pandai berkata-kata daripada membaca atau mengira. Bukan lah langsung tal tahu apa2..cuma nampak agak perlahan daripada abang dia. Em, tadi bersembang dgn cikgu Dania, katanya - 'Dania antara 3 orang pelajar yg cepat dan senang belajar semua benda'. Ohh.baru tahu sebab kat rumah..Dania hanya lah anak manja yg apa pun tak mau buat atau dia buat dek saja. So, aku terus aku decide akan masukkan dia ke ABIM. Senang sket satu jalan nak hantar ke sekolah bersama abang dia. Now pun aku tgh belajar hantar dan amik Danish ke sekolah. Happy betul dia bila aku ckp aku akan hantar dia..memang dari dulu..dia rayu aku hantar..dan skrang, dah tiba masa, aku tunaikan tanggungjawab aku pulak. Kadang2 abe hantar gak. Danish kata 'Kalau babah hantar...danish kena awal lagi..padan muka Danish'..haahah..tu la..takpe..belajar displin kan diri..lama2 ok nanti..

Dan aku masih di opis lama..sorry ya tuan tanah...saya usaha keluar segara. Maklumlah, dari rumah besar nak ke umah 'biasa2'..byk benda nak kena 5S kan semula..buang semua..ok gak kan???

pst : masih berfikir utk berhenti kerja......bosan lah kerja!!! ngeee...


No comments: