Thursday, October 14, 2010

..Rasa Macam Nak..


Lately aku selalu berfikir :

1) Nak let go handbag2 COACH yg aku ada..tak kira baru or yg dah guna ..
2) Nak 5s kan rumah sampai tinggal seminima barang..
3) Nak tukar unit ..nak tukar unit..nak tukar unit..
4) Nak bercuti..
5) Nak resign .. nak dok umah..

pst : My COACH website :
http://cuttheprize.blogspot.com/ - Email me your best price. ;)

Wednesday, October 13, 2010

..CaK!!..


Dari semalam, lepas 11.45 am..aku rasa nak senyummmmmm jek. Nak gelak tak boleh lah, kang org kata GILA lak. Bertembung dgn Oz..dia siap tegur 'Lebar senyum k.zai'...haahaha..sebab HAPPY Bangettt.. dan senyum terus bersambung hingga ke hari ni, maybe sok dan lusa dan selama2nya..Hahahaha..

*wink..

..Achoomm..


Hahaha..dlm minggu ni, aku dan roomate asyik berlawan bersin jek. Adeh..lawak lah ni. Sbb habuk bilik sbb kemas barang2 ke? Sorry..minggu ni jek..next week dah 'clean and clear' termasuk ngn tuan badan..

Tuesday, October 12, 2010

..C.a.H.a.Y.a..

CAHAYA..
semakin terang..
sinar ketenangan..
suluh kegelapan..
serlah kedaifan.

..R.I.N.D.U..


Letih..tak kuat..penat..

Awat? sebab angkut barang dan kemas2 bilik baru yg tak penah2 selesai.

Cerewet? Tak juga..tp ruang terhad..jadi kena pandai menyusun dan kena mula kan 5S dari mula supaya senang nanti.

Sedih? Tak juga..mungkin angin baru boleh jadikan aku insan baru.

Sempit? Sempit pun sempit lah..takpe. Tak hargai nikmat Allah..aku kena terima ada yg ada dan datang sekrang.

Rindu? Emm..a'ah. Rindu pada Ayyaz..watak dlm Novel BUMI CINTA. Ada ke manusia 'setenang' dan 'se redha' Ayyaz?

Dongeng? Takpe...byk beri aku pengajaran wpun hanya sebuah cerita rekaan semata.

Kata Ayyaz - Manusia yg sentiasa 'alpa' adalah manusia yang menanti esok hari dengan berfikir :

"Apakah yang aku lakukan esok tetapi tidak berfikir, APAKAH YANG ALLAH AKAN ATURKAN UNTUK AKU ESOK" (lebih kurang..kena rujuk buku balik..ngee)

Menanti? Yap..tunggu kelahiran BUMI CINTA 2 ..kalau ada - sebab watak Natasha dan Ayyaz belum lagi tamat..kan?


Monday, October 11, 2010

..Broga (?)..


Kredit to : Limau Ais website - Gambar ke Kayangan

Broga? Tet!! Bukan nak cite aku p naik Broga and off course dah lama gila tidak mendaki. Ni nak cite pasai Bukit Broga yg dlm pre-wedding Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina. Kata seseorang, gambar tu di ambil di Bukit Broga. Ek? Langsung tak sama dgn Broga betul..Editing habis ni...Broga 'real' lagi lawa kot.. ;)

Friday, October 8, 2010

..T..T and T..

..Black and white..


Terjadi tak di rencana..
Tersungkur kerana tak sempurna..
Tersedar sebelum terus lena..

Tak pernah nafikan dosa..
Tidak pula mengaku diri sempurna..
Tak juga meraih simpati daripada sesiapa..

Tak terfikir tak terduga..
Tak kena tak merasa..
Tak suka tak apa..

..TAHU ALLAH MAHA BERKUASA..

Thursday, October 7, 2010

..Rehat,Lepak..

Sekadar gambar hiasan..ngeee..

tapi tak leh 'Luah Rasa'. Nak kena tukar nama blog ni rasanya..sbb keterbatasan utk berkata-kata. Di beri 2 pilihan...Tapis atau Tutup, so, apa lagi yg ada pada nama Rehat,Lepak dan Luah Rasa? em..maybe patut tukar surat beranak, jadikan ia 'Tongkat Dagu Gigit Kuku' supaya kena dgn isi blog ni yang tak mahu di tujukan pada siapa or mana-mana manusia.

Kenapa eh? lately badan ni asyik lemah saja. Kadang2 penin kepala, kadang pedih mata, kadang2 lepas makan tak tahu makan pergi kemana coz pasti lapar semula dan kadang2 nak bernafas, kena tarik panjang2 dan berjela2. Apa halnya? Sebab lama dah tak berpoya-poya keluarkan peluh supaya banjir satu kota? Kenapa ni???

Danish dan Dania..dah besar dah..uhuk!

Emm..Tahun depan, usia Dania Hamimi masuk angka 5, maknanya..perlu ke tadika pula. Pening gak kepala, nak hantar kemana? Smart Readers? Q-Dees, Abim atau tadika biasa. Agak panik sebab Dania lebih pandai berkata-kata daripada membaca atau mengira. Bukan lah langsung tal tahu apa2..cuma nampak agak perlahan daripada abang dia. Em, tadi bersembang dgn cikgu Dania, katanya - 'Dania antara 3 orang pelajar yg cepat dan senang belajar semua benda'. Ohh.baru tahu sebab kat rumah..Dania hanya lah anak manja yg apa pun tak mau buat atau dia buat dek saja. So, aku terus aku decide akan masukkan dia ke ABIM. Senang sket satu jalan nak hantar ke sekolah bersama abang dia. Now pun aku tgh belajar hantar dan amik Danish ke sekolah. Happy betul dia bila aku ckp aku akan hantar dia..memang dari dulu..dia rayu aku hantar..dan skrang, dah tiba masa, aku tunaikan tanggungjawab aku pulak. Kadang2 abe hantar gak. Danish kata 'Kalau babah hantar...danish kena awal lagi..padan muka Danish'..haahah..tu la..takpe..belajar displin kan diri..lama2 ok nanti..

Dan aku masih di opis lama..sorry ya tuan tanah...saya usaha keluar segara. Maklumlah, dari rumah besar nak ke umah 'biasa2'..byk benda nak kena 5S kan semula..buang semua..ok gak kan???

pst : masih berfikir utk berhenti kerja......bosan lah kerja!!! ngeee...


..Yenadeyyy..

Huh! PC sapa la ni..tak friendly langsung..

GrrRRrr..penat menaip..patutnya blog ni autosave, tapi sbb connection kat PC ni bengongg..abis semua. Isk..nak ulang taip pun dah tak tau nak taip apa. Benda taip dari hati..mmg dah takleh nak ulang2 taip lagi..kang jd cite tak ori..eee..sapa la punya PC ni...marah niiiiiiii..!!!!!!

..Borak2 Dania..

Dania..4 tahun yang lalu..:)

Nantuknya mata ni..dah lama makan tak kenyang2. Apa kes? Badan lak asyik rasa tak besh jek. Em..jom layan bosan jap ..

Situasi 1.
Suatu petang di dalam bilik aku.
Dania : Ibu..orang zaman dulu takde rumah kan? Dia org tinggal dekat mana?
Ibu : Takde, dia orang tinggal dalam gua, atas pokok (pandai2 je aku) dan dlm khemah.
Dania : Zaman dulu dah ada org jual khemah ke?
Ibu : Hahaha..khemah tu..mcm dlm gua laa atau buat dari ranting2 kayu (pun jwpn belasah).
Dania : OooooOo...

Situasi 2.
Atas bot kat Melaka.
Dania : Ibu...kenapa daun tu terapung?
Ibu : Sebab dia ringan.
Dania : Oooo..tapi kenapa bot ni terapung juga?

Ibu : Babah..sila jawab..
Babah: sebab bot ni..bla bla ..berckp dgn detail ttg konsep apungan..ayark!
Ibu : hahha..dah la babah..pening lg kang budak ni..Za pun lom tentu faham..
Hahaha...so tiada jwpan utk Dania..

Situasi 3.
Dalam kereta on the way hantar Dania pergi sekolah.
Dania : Ibu..kecik2 dulu ibu putih ke? (sambil merujuk pic ID kerja aku)
Ibu : Hahaha..kenapa dania tanya mcm tu?

Dania : Ni tgk gambar ibu ni..putih jek. Cerahh jek Dania tgk.
Ibu : Tak lah..ibu mana cerah..kan gambar je tu..
Dania : Oooo..tudung ni pun tak lawa..ni tudung lama kan?
Ibu : Dah la mek..byk lak komen..
Dania : hehehehe..

Situasi 4.
Dalam bilik semasa aku siap2 nak g kerja.
Dania : Ibu..ibu pakai lipstick ke?
Ibu : Ye la ..
Dania : Ibu..ibu jgn pakai lipstick warna pekat2 tau..pakai warna yg tak terang jek..tau.
Ibu : Kenapa? Ni kan tak terang ni.
Dania : Sebab Dania rasa, kalau pakai terang2 tak lawa...
Ibu : Pandai2 je la kamu..
Dania : Betul ibu...nanti jd mcm Siti Kelambai..
Ibu : Haiyoo..byk nya pengaruh TV .. bila masa la Nia tgk Siti Kelembai?

Dania : Kat sekolah la...
Hahaahahancursss ..