Friday, September 17, 2010

..S.E.M.P.U.R.N.A..

Termenung kejap fikir kes bunuh Sosilawati ni. Ya Allah, kejamnya manusia. Masa mula2 baca berita 'bunuh,bakar dan buang', hati dah terdetik..ni bukan kerja orang kita..tak kan Islam sekejam itu kecuali di bawah 'sedar'. Bila tgk anak Sosilawati yg begitu tabah..terasa, Ya Allah..kuat betul dia dan kenapa aku hilang pedoman dgn dugaan yg aku cipta sendiri. Semakin hari, hati semakin redha dan terfikir jugak 'kenapa aku nak salahkan yg lain'..benda tak jadi kalau aku sendiri kuat dan tak ikut perasaan. Bersyukur byk2 sebab Allah dah sedarkan aku dan masih sayang pada aku. Tak perlu lah kan nak berdendam? Doakan semoga semua dpt lindungan dan kasih sayang dari Allah. Tet! okek..tamat sudah kisah sedih..tak mau lah fikir lagi..maaf zahir batin pada semua ...

SEMPURNA..apa lg yg aku cari?

Tadi petang g Tesco ngn abe..jln berdua. Kelakar pun ada bila tiba2 sibuk nak cite kisah lama. Teringat cite masa kat IKATAN dulu yang skrang dah jadi ILSAS..masih segar mcm mana abe dtg ke hostel just nak past kad dgn ucapan ' I never realized it before..but now I know that..I LOVE YOU' dan sblm blah..dia ckp 'If anything happen, we still friend.OK?' hahaha..takut kena reject lah tu...dan masih dlm ingatan 'Kita ni kawan or adik abang angkat?'...jawapan aku 'KAWAN lah' tu yg jd penentu Jodoh kita orang..semoga dia suami aku dunia dan akhirat. Ini bukan kata2 poyo nak sedapkan keadaan..tp ini lah doa aku dari dulu lps solat wpun aku dlm keadaan 'tercicir'.

Kad watson..penyeri blog saja.. ;b

Em..cite Tesco tadi, lps beli brg2 utk umah mak..singgah jap Watson, mak nak lipstick. Haiyaa..byk stok abish. Simply Siti boleh tahan gak mahailnya..lebih mahai dr Revlon dan Loreal. Semoga anak tempatan ni berjaya. SA watson suh aku buat kad ahli..buat je sbb aku mmg beli brg2 solek2 ni kat Watson masa sale. Ni pun nak cite ke? hahaha..sebenarnya..blog aku dah punya 'keterbatasan'..kalau tak..aku dah tak di benarkan berblogging lagi..so..payah gak nak luah rasa hati..takpe, insyaAllah ada hikmahnya..kan?

Sok balik UNITEN...apa eh yg akan jadi seterusnya?? Takut lak ...huhuhuhu

Thursday, September 16, 2010

..B.O.K.E.H..

New lense for my Canon dari abe.. ;)

Ha..apa ke bendanya BOKEH? aku pun baru tau term ni lps membeli lense baru 50MM. Bokeh tu kalau ikut hasil aku Google..ianya adalah satu bahasa jepun (apa punya ayat daa) utk teknik mengambil gambar dgn menfokus titik objek dan background akan jadi blur. Haa..faham? Tadi,aku ngn adik telah cuba utk memBOKEH. Objek sasaran adalah Pelita dan objek utk di blurkan adalah Bendera Malaysia. Berpeluh gak buat benda ni. Dengan menggunakan lense canon 50mM...ni jek hasil terbaik yg aku rasa lom tentu baik. Setakat poyo-poyo boleh lah. Beginner lah katakan...


Hasil BOKEH Am a.k.a Modo

Ni hasil BOKEH aku..;)

..Garu Kepala..

Klik pic utk lagi pic ;)

Now dah ada kat Ipoh, rumah emak. Tadi dlm kul 10 am dah check out dr The Reef and naik feri, terus ke Ipoh. Sepatutnya singgah Bagan Serai dulu beraya, tapi pelik lak abe ni. Em..takpe lah..aku faham situasi dan perasaan dia sekarang. Kalau semua boleh ulang..aku janji, semua ni tak terjadi. Tapi dah jadi kan..Za minta maaf byk2 dan thanks terima Za seadanya. Tgh upload pic ke FB utk di share ke blog ni. Aku sebenarnya bukan nak share sgt pic2 ngn orang kat FB, tapi sbb FB salah satu tempat yg sgt senang nak upload and share pic, sbb tu aku share ke sana. Nanti maybe aku akan beli domain sendiri. Senang kan? Lagipun FB dah kena block kat opis..so semua link pun 'mati'..H.A.M.P.E.H jek.

Esok dah Jumaat and lusa akan pulang ke UNITEN. Takde aral, insyaAllah akan ke kenduri kakak Iskandar kat Teluk Intan. Tapi kalau abe tak mahu g..aku ikut je lah. Actually ubun2 kepala aku sakit sgt2 ni sbb aku ikut sgt kata hati. Kalau lah..KALAU tau..darah jd beku kat kepala ni..apa ek nasib aku nanti? Huhuhu..harap2 takde apa la..tu lah kan...padan muka. Tapi kalau MATI pun..aku bersyukur sbb suami aku terima aku seadanya.

Isk..beshnya kalau terus cuti kan? Abe dah bagi green light utk 'cuti' and dok rumah jaga anak2. Tapi..aku lak pk panjangnya skrang ni. Kenapa aku nak resign? Nak lari dari masalah? Kenapa aku yg kecundang? Aku ke punca masalah? Niat mmg nak kerja utk abe jek..tapi lps apa2 yg jadi ni..aku kena pk panjang lagi...insyaAllah, semoga ada jalan. Semoga Allah beri petunjuk....amin.

Tuesday, September 14, 2010

..Ceritera Cuti Raya..

Wah..mcm kat Las Vegas jek..hahahaha..mcm penah g..wat lawak je lah..;b

Hai..whatz up? Now ni ada kat tingkat 15, Reef Apartment TNB kat Penang. Nice scenery and nice wheather. Dah 2 hari kat sini and tadi p jln2 ngn famili, p Kek Lok apa eh..hhehe..tak hengat la plok namanya. Ala, tokong Buddha yg ada patung Buddha besar tu. Dah tak mcm dulu..lengang jek. Kedai pun dah byk tutup. Saja je ajak abe g situ sbb dari kecik aku gi, tak penah lak aku panjat tangga sampai ke tokong. Since tak ramai orang..senang lah perjalanan.

Kasi kekuras makan kangkung..ni kat China..;b

Lps berpeluh2 kat situ..p pekena asam laksa and pasembur kat Padang kota. Sebenarnya perut tak berapa nak OK ni.. tapi tak mau fikir sangat and rugi lah kalau raya-raya and jln2 tak leh nak mkn mcm2 kan? Padang kota tu takde apa pun..just lepak2 je.

Dania with her new DG Camera..mana tau, leh buat duit nnt..ahahahaha

Smlm sblm check in, singgah kejap kat Gurney Plaza mkn Mc D. Jln punya jln and jumpa Canon tgh wat promosi kamera and lense. Yay! Abe belikan new lense and aku belikan Dania digital kamera (yg abe bayarkan dulu..ngee). Saja je belikan sbb aku tgk kepala dia ni tak sama dgn Danish..so, cuba bg something yg dia minat. Nanti aku bukakan 'ruang' utk gambar2 yg dia amik. Mlm ni..melepak je kat atas ni..maleh nak kuar..Penang ni bukan ada apa..tp kalau berdua jek ngn abe bercuti ni..besh gak kan? Abang..jom New Zealand.. akeekeke..

Taken by Danish Hakimi..ni ala2 kat Hong Kong lah ni..hahaaha..poyoss lagi..

Adeh..berasap tunggu nak upload pic ni. So meh tambah cite. Hari ni hari Selasa..so aku ada lagi 5 hari lagi dok lepak2 bersama keluarga. Lps tu? emm..kalau boleh elak g opis..mmg aku akan elak..tapi..tak pe lah. Thanks abang bagi Za semangat dan semoga 'hijrah' pertama yg Za akan buat nanti..boleh bantu Za ubah diri. Tak sangka lak aku leh terima 'offer' Puan dgn rela hati baru-baru ni. huhuhu..tak mau la taip lagi...sedih lak terkenang nasib diri..dan wpun abe ajar aku supaya 'let go' semua masalah..tp hati aku kadang2 tetap berdoa 'Ya Allah..tunjukanlah'..Astarafirullah...tak pe lah kan..apapun..Allah ada..


Sunday, September 12, 2010

..Kisah P.E.R.U.T..

Kurus sangat ke? Emm..

Hari ni dah raya ke-3 bersamaan 3 hari lah perut aku sakit. Tak pernah lak sakit sampai mcm ni. Maybe terlebih makan atau terkejut dgn makanan yg tak hapa-hapa aku sumbat dlm perut ni. Smlm, abe bawak aku p Kinik. Since ni tgh raya and kat Alor Setar ni memang ramai melayu..so byk la kinik tutup. Terjumpa la Kinik NGA..MBA from Australia..ngeeeh. Doktor yg terlalu byk pengalaman agaknya..tak sempat aku ckp byk..just 'sakit perut'..Doktor sampuk 'Ooh..hari raya..biasa2..nnt saya kasi ubat'..tanpa sentuh sket pun aku ni. 'Tapi menyucuk ni'..dia lak..'Ooo..mau cucuk? Haa..baring2'..siot jek. Hahhaha...so dpt la cucuk seliang dan kena lah RM45 utk ubat. Dan sampai la ni..boleh makan, tp perut masih menyucuk dan kdg2 rasa nak muntah. Abe ajak p Perlis ni..aku dah tak larat lor.. Sorry eh abang..nnt kita jln2 kat Penang eh.

Malam tadi sedara mara berkumpul kat sini - Umah adik mak ni, aunti Babar. Biasalah aunti mmg terra masak. Aku lah yg menjadi bahan :

'Awat kurus sgt ni Liza?'
'Za makan ubat kurus ke?'
'Bagi la petua mcm mana nak kurus?'
'Awat pucat sgt ni Liza?'

Adeh..senak telinga aku. OKEK..saya mengaku saya makin kurus dan maybe dah sampai 40kg ni lps cery bery yg melampau. HUhuhu..Ok..tiada planning utk jadi sekurus ni. Aku tanya abe 'Teruk sgt ke Za ni abang?' ...huhuhu..sib baik dia kata OK JEK..EM..insyaAllah, selepas semua 'masalah' ni selesai..aku cuba jadi aku balik dgn berat2 bdn sekali. Berapa berat ideal? 51kg? InysaAllah..doa2kan lah...

Dan soalan paling besh 'Bila nak tambah baby ni?' muahahaha..aku jawab 'Dok KL takleh anak ramai..mahai hantaq nursery' ..hahahhaah....

Sok p Penang for 4 days and 3 nites..apa la nak buat..

Friday, September 10, 2010

..Sakit Puyut..Hua..


Huaaa..sakitnya puyut! Masa menaip ni, entah kali ke berapa aku dok ulang-alik p tolet 'membuang'..uhuk. Sakitnyaaa.. Mak dah kasi ubat..dah kasi minyak kat perut. Still KO ni..Adik ipar aku ckp yg juga seorang nurse..'akak tu KZM tu'...apa ke bendanya KZM? 'Kalau kat wad..dah bagi line kuning' sambung dia lagi. 'Wei..KZM tu apa?'. Mak dah gelak. Maklumlah, mak pun x-nurse. 'KZM tu..kurang zat makanan'....cehhh! hahaahaha.. Maybe la kot. Tak tau la apa nak jadi ngn aku ni..makan over mcm ni terus KO. Mcm mana eh nak naik kan berat bdn mcm ni? Kena kasi hati tenang dulu. InsyaAllah..semua dah settle..semoga sakit perut ni berlalu mcm sakit hati aku yg insyaAllah..akan pergi juga.

Ni benda yg aku makan ari ni :
1. lontong dgn sambal sotong mentua
2. Ketupat palas + lemang + rendang daging mak
3. Bihun sup tulang mak
4. Kuih muih raya.
5. Petang ulang balik lontong...

Camno nak beraya esok ni.....emmm...


Malam dah tak boleh makan langsung..uhuk..

..Raya 2010 Orange..

Sila cuci mata je lah ya. Tak tahu nak cerita apa. Raya yang betul2 tangkap leleh..harap betul2 dapat ke ampunan zahir dan batin dari semua orang terutama daripada abang. Hari ni kat Ipoh..esok insyaAllah ke Penang dan kemudian ke Alor setar dan kemudian ke Penang semula untuk bercuti bersama keluarga.

*Pedih dan bengkak mata..cukup lah rasanya.

Thursday, September 9, 2010

..Raya sebelum 1 Raya..

Apa punya title daaa..Esok dah raya. Mood raya tak berapa nak ada. Awat? Entah la..susah betul nak repair diri sendiri. Betul2 berdoa utk jadi Zai yg dulu2 lagi..Em, tak mau lah buat cite sedih. Orang lain elok je tak ingat apa yg jadi..buat apa aku nak susah2 kan diri. Hahaha..ckp senang lah!

Haa..nak upload pic ni dari smlm. Tapi PC baru depa ni, bluetooth tah apa2. Kuikuikui. Takde apa pun nak share. Saja nak upload pic. Btw, aku raya kat Manjoi tahun ni. Tadi berbuka kat kat Manjoi, tapi sekarang ada kat Jelapang balik sebab budak2 ni nak main bunga api ngn sepupu dia orang. Manjoi takde budak2 lagi setakat ni.

Ni lauk berbuka hari Rabu. Meriahnyer..syioknya..kalau hari-hari makan mcm ni,maybe aku leh gumuk balik. Tapi awas..kolestrol..ahaks! and maybe sebab tu gak aku tak besar2..aku agak menjaga makan..nak2 yg berminyak..bersantan..memang aku tak mau amik sgt.

Ni dpn umah Haji Rahim dan Hajjah Zubaidah di malam raya. Bukan aje ada pelita..tapi ada gak bendera sempena merdeka ari tu.

Ni Parkson kat Ipoh Prade. Kalau raya..orang lain sibuk shopping kat KL..aku ngn abe memang suka g sini jek. Tgk..aman damai jek. Dunia ini macam ana yang punyer..ngeee. Tapi tahun ni tak shopping sakan. Tahun dpn je lah kalau panjang umur dan semua masalah hati ni selesai..Tadi kat sini beli kasut raya..hahaha..tua2 pun nak kasut raya. ;b

Jeng Jeng Jeng..bukan nak tunjuk apa. Sebenarnya tudung ni kosong jek. Tudung yg aku tempah utk raya tak padan dgn baju. So aku beli tudung lain yg biasa-biasa dan aku beli batu..dan tampal. Berpeluh gak buat benda ni, tapi puas hati. Batu tu murah jek kecuali batu swarsorki yg kat tgh2 tu..sebijik 5 posen...lps ni boleh buat sendiri lagi..

Ya Allah..tenangkan hati aku..tak semudah yang di sangka rupanya dan abang..pls..bagi Za sokongan..tu je Za harapkan,

Wednesday, September 8, 2010

..Sampai sudah..

Guna PC adik..chomey seh wallpaper. Seronok nya ceria mcm kartun ni..;)

Yay! Selamat Hari Raya..sampai sudah Ipoh jam 4.30pm tadi. Perjalanan macam biasa la..2 jam setengah. Kereta agak banyak tapi lancar. Rasa mcm kejap lak, maybe sebab aku dok belakang dgn anak2. Adik kat depan dgn abe. So, meletakkan jawatan sebagai Co-Pilot..kepala tak pening sangat...ngeee. Cuaca tadi kejap ujan..kejap OK.

Malam ni berbuka dengan semua kecuali adik bawah aku a.k.a Sham still on the way dari German to Singapore and terus ke Ipoh. Sib baik tak kena raya kat German kan? kalau tak..nangis..akekeke. Malam ni mak masak Kari ayam (kot), masak lemak sotong, ayam goreng mak, paru masak apa tah and mcm biasa, kalau kita org balik, sure ada ulam dan sambal wpun di bulan puasa. Btw mood raya takde sangat ni. Awat tak tau. Duit raya langsung aku tak tukar and sampul raya pun takde ni. Harapkan abe punya yg TNB kasi jek. Kudut betul la TNB ni, sampul raya pun berkira..kita org staff UNITEN tak dpt langsung. Esok p cucuk je kat CIMB berapa yg ada utk anak2 buah..suh share2 ke..hahhaha.

Kalau lah aku betul2 boleh berhenti kerja..memang aku berhenti...emm..boleh ke??

..Raya oh Raya..

Kosong tak berisi-isi lagi..uhuk!

Adeh! Nantuknyaa. Now dah 12.35am bersamaan hari Rabu. Patutnya kena pack barang nak balik kampung esok, tapi malasnya Ya Rabbi. Lagipun tak expect nak balik esok sbb mula-mula abang kata dia takleh cuti..tiba2 cuti la plok..ni ada yg sambung esok ni packing..ngeee..

Ni la tokei kedai..Dania ngn Danish sibuk jek

Tadi lps buka, p Warta jap, bukan shopping eh..tapi encik Azril dan encik Danish nak p tukar buku yang di sewa kat situ. Ni la kerja dua beranak ni..ibu layan kan jek. On the way back..singgah Ariani..ayiyiyi..mahainya tudung..made in Italy eh? Pastu singgah Fareeda plok..ayoo..singboard je cun and beso..tapi kedai takde apa. Frust jugak tgk kedai ni. Lepas tu terus p kedai member Shazzmin Collection. Aku terpaksa cari tudung lain sebab tudung yang aku tempah tu tak kena dengan baju..ngeee. So rembat je apa yang ada kat Shazzmin. Tapi si tokei Lin takde lak. Alhamdulilah ada la tudungnya. Lepas tu ajak abe p Downtown Bangi nak p tgk si Nuui tu. Nyaris gak tak jadi p sebab tiba2 hujan turun. Lps tu susah nak parking juga. Tapi rezeki nuui malam tu..jumpa la dgn kita orang. Lepak kejap and sibuk2 kan diri..amik sebotol VS and terus balik. Semoga bisnes mu sukses Nuui..tp kena lebih kan sket senyuman masa meniaga tu..tau.. ;b

OK la..barang tak pack2..sibuk layan blog la..so pagi je laa..balik awal2 pun, bukan leh makan kan? hahahaha..