Sunday, October 24, 2010

..Salam Terakhir..

2 hari lepas :

abe : post apa kat blog? apa maksud Today Quote Lolipop tu?
aku : takde apa..just like..habis madu sepah di buang..saja suka2..utk diri sendiri.
abe : kan dh ckp, jgn post apa2 yg boleh buat org tertanya2...

tet, aku terus diam..bisu..kaku. Terus terang, aku kecik hati..sgt2 kecik hati. Lps dia tahu semua apa yg terjadi A-Z..langkah aku terbatas..penulisan aku terhad. Pujuk diri sendiri..OK..aku terima. Semua salah aku..YA..memang salah aku..

Apa makna blog ni kalau semuanya terhad dan terbatas? Kadang-kadang aku menulis bila hati aku berbisik kata-kata puitis..tapi sayang, setiap yg terpapar di salah tafsirkan. Jadi bahan bualan org..aku tak penah pulak tahu. Entah laa...aku di beri kata 2..TUTUP atau TAPIS.

Fikir..fikir dan fikir..dan keputusan aku..buat masa ini..aku pilih utk TUTUP. Lps post ini, tiada lagi Rehat,Lepak dan Luah Rasa. Namun aku akan biarkan blog ini utk jd tatapan tanpa sebarang kisah baru. Kalau ada pun blog lain nanti..tak mahu lagi pakai nama blog ini.

Buat kali terakhir..izinkan aku tutarkan apa yg terbuku di hati. Yg lain jgn terasa..:

Tak mahu lagi memuja pelangi kerana rumput di bumi lebih byk berbakti..

Utk :'Pelangi' SAHAJA..yg lain..plsss..jgn pk bukan2..

Hadir umpama sufi,
Bertandang umpama sahabat sejati,
Pergi meninggalkan belati di hati.

Umpama mimpi ngeri..
Sampainyaaa hati..

Tahniah ..
Propaganda menjadi..
Terima kasih..
Ya Rabbulalamin Maha mengetahui..

Utk pengikut blog ini..terima kasih kerana sudi menjadi teman pemerhati..maaf kan segala salah silap. Tak penah menduga, tak pernah menyangka apatah lagi sengaja ingin mencipta sengketa.

Semoga semua di lindungi Allah yg Esa dan aku mengaku, semua kesalahan dan kelemahan adalah daripada aku sendiri..Insan yg lemah dan tak punya apa2.

Aku hanya ingin hidup gembira bersama keluarga dan rakan2 - jika masih ada..

Ya Allah..jgn biarkan aku berpaling lagi..aku tahu, aku tak mampu membela diri..hanya Engkau Maha Mengetahui apa yg sebenarnya terjadi..Ampunkan Dosa aku..

Maaf Zahir dan Batin pada semua...

E.N.D

Thursday, October 21, 2010

..Lolipop..

My peberet is the blue one..Cola flavor..sluurpp..

Semalam balik kerja, lepas park kereta, mcm biasa, aku,Danish and Dania akan beriringan naik ke rumah. Kat bwh tu..ada dua org budak lelaki..(kenal lah dua2 anak sapa - sorang 4 tahun dan sorang lg dalam darjah 2 atau 3).. Tiba-tiba si baju kuning (yg besar) tegur aku.

Dia : Acik, saya nak 6 ringgit boleh bagi tak?
Aku : Ha? Nak buat apa 6 ringgit? (pelik lak..tp teruja pun ada..so aku layan kan jek)
Dia : Saya nak beli lolipop.
Aku : Nak buat apa beli lolipop?
Dia : Kawan2 saya suh beli. (tulus ikhlas nya jawapan..aku senyum jek)
Aku : Tapi tak kan lolipop sampai 6 ringgit?
Dia : Kawan2 saya ada 6 orang. (sambil pandang mata aku..sedih lak tgk)
Aku : Kalau kawan ada 6, nak 6 ringgit..so dapat bape lolipopnya? (dia kira2 jari)
Dia : Dapat 6..
Aku : 1 seringgit? amboi..beli kat mana?
Dia : Kat SQ ..boleh tak acik? (sambil tunjuk blok belakang SQ5)
Aku : Kenapa tak minta dekat emak?
Dia : Emak takde, saya tinggal sorang..(setahu aku, budak ni ada maid)
Aku : Em..auntie ada Rm6 ni..tapi janji , beli lolipop jek..jgn beli benda lain.
Dia : Terima kasih cik..(terus lariiiiiiiiiiii..suka betul)

Danish : Kenapa dia minta kat ibu? Kenapa ibu senyum jek?

Senyum la..seronok lak rasa dpt seronokkan orang lain wpun bukan2 sapa dlm hidup aku. Lebih2 lg budak2. Sebenarnya terfikir..mcm mana dia leh fikir nak minta kat aku? atau dia dah minta kat semua2 org yg lalu situ? Budak2 kan? tak leh nak salahkan pun..mcm Danish and Dania..aku dah ajar mcm2..tak tahu dia org boleh ikut ke tak.

Tapi sebenarnya..takde apa pun yg pelik dlm dunia ni. Macam aku jugak..mcm mana aku terboleh buat benda yg bukan2, benda bodoh..yg jatuhkan nama dan diri aku sendiri ..

Today quotes :
'They've been promised the lollipop but now I just get the stick".

Monday, October 18, 2010

..Action!..

Hidup ini umpama WAYANG..

Hari ni aku belajar dari seorang kawan..

'Biar tak punya kawan baik..asalkan takde musuh'

belajar je balik..Bodoh pun bodoh lah. Daripada terus tercicir..tak kisah pun org nak nasihat..aku open OK..tp org suka salah tafsir..Aku tak kisah org or kwn2 nak nasihat. Tapi biar kena cara..nasihat and 'blame' lain tau. Also, biar lah berbahasa..tu saja utk nasihat org Degil mcm aku.. keras vs keras? tak kemana..

Siapa tu musuh?
- orang yg tak mahu kawan.
- nak tgk muka pun menyampah.
- jatuh menjatuhkan.

Aku ada musuh? Entah..tak tahu. Ada ke? Kalau ada..apa yg harus aku buat?

pst: mana la p archive OCS sessi belajar aku td..ilang lak..grrrrrr...

..Wii..


Dah jarang tv kat umah tu terpasang kan? Kul 9 pm dah senyap sunyi layan buku or PC. Apa kata, kita buat aktiviti baru..layan Wii nak?

*Post ini utk Mr.Abe.


..Syok Sendiri..

Nampak apa yg aku nampak? :)

Senyum sorang2. Pandang kiri dan kanan..sekali terpandang cermin yg aku letak kan sebelah kanan aku. Hahahah..tiba2 jd bahan gelak diri sendiri. Kepala aku, badan org lain..hahaha. Adeh..leh gak lah buat penghibur diri. Terus aku snap pic. Sehsuai lak tu tudung aku ngn baju tu..matching sangat. Hahahah...layannn utk gelak2 sendiri.

Em, kena pakai earphone and nak miming pun dah segan. Kalau dgn Saharil, aku belasah jek nyanyi, kat sini segan lak. Sebab tak biasa. Aku kalau tak biasa..mmg senyap sunyi je lah. Takpe, baru lagi kot..

Masih tersenyum dgn 'mail' yg aku terima pada 12/10/2010 (11.29am). Nangis? Meroyan? Sentap? - Nehi Kabi Nehi tapi terus senyum sampai ke hari ini..Terima kasih sgt2. Syok gak jd bahan bacaan kalau bosan2.. *wink


..New Destination..

Life is like drawing without an eraser..face it, take it or leave it..


Pandang kanan - tak sama.
Pandang kiri - tak sama.
Padang belakang - tak sama.
Pandang depan - tak sama.
Pandang bawah - tak sama.

semoga semuanya akan 'TAK SAMA' sampai bila-bila.

pst: mana p aircond bilik ni..layan je lah.. eh! nampak pokok lak..ngee..


Saturday, October 16, 2010

..Mutiara kata Al-Qarni..

Mutiara kata dari Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni..untuk peringatan diri sendiri..

La Tahzan.

Kirimkan surat pengharapanmu di tengah keheningan malam.
Jadikan air matamu sebagai dakwatnya;
Kedua pipi sebagai kertasnya;
Kepasrahan sebagai setemnya;
dan Arasy Ilahi sebagai alamat (tujuannya).
Setelah itu, tunggulah jawapanNya.


Limaza Li..

Jangan terlalu bercita-cita untuk mengerjakan seluruh yang didengar.
Jangan terlalu berharap kepada setiap kawan.
Jangan bocorkan rahsia kepada perempuan.
Jangan mengerjakan seluruh keinginan.

pst : Ya Allah, jgn biarkan aku tersalah langkah lagi..kini aku sedar..hanya ENGKAU tempat aku mengadu..

Siapa Al-Qarni? Visit : http://en.wikipedia.org/wiki/Aaidh_ibn_Abdullah_al-Qarni
Penulis buku La Tahzan yg mendapat International BEST SELLER book.

Friday, October 15, 2010

..Inspira..

Pic from Paultan..klik pic for more info

'Nak?' tanya abe? Ngeeee...ada ke kereta nak tukar dgn kereta. Kalau tukar MPV ok gak..so jawapannya 'Tak Nak'. Lagipun 1st edition ni, biasanya akan kena panggil balik bengkel..so kalau betul2 nak..tunggu la yg nanti2.

Agak menarik bentuk Inspira. Takde la rupa Lancer GT sesangat. Kalau tak, sure owner GT nangis..Kalau tgk spec :

'The Proton Inspira is developed from a Mitsubishi Lancer with the choice of a Mitsubishi’s 4B10 1.8 liter engine with a 5-speed manual, a Mitsubishi 4B10 1.8 liter engine with a 6-speed virtual ratio CVT gearbox, or a top of the range 2.0 liter 4B11 engine with the same CVT transmission with added steering column paddle shifters.'

which is Abe kata OK..so sapa2 yg minat, sila lah rembat. KALAU Lancer GT pun dpt review yg agak 'kureng' sbb Ngauuman yg membingitkan telinga ketika memecut..harap2 Inpsira tidak mengaum lah..tapi..harimau sure mengaum kan? akekeke..

pst : memujuk hati supaya 'diam' sementara waktu...

Thursday, October 14, 2010

..Resam hidup (?)..


Terbuai-buai..
Ke kiri..

Melambai-lambai..
Ke kanan..

Subur..
Tak perlu di jaga..

Berbunga..
Tak perlu di baja..

Tumbuh..
Merata-rata tanpa harga..

Mati..
Kering di mamah sinar suria..

..Terbalik..


Akeke..takde pic nak letak sbg penghias cite kali ni. Citenya pasai accident kat Sg Ramal lps keluar simpang Shell. Sebuah kereta proton Saga WSE tak igt nombor terbalik dan bahagian depan adalah remuk agak teruk. Maybe di langgar oleh dua bijik lagi kereta di belakang. Em..tak tahu la selamat atau tak sebab keadaan agak tenang tadi. Harap2 takde yg meninggal.

Teringat 2 tahun lepas..balik dari Jusco Equine, ternampak accident yg agak teruk dari susur keluar dari Putrajaya ke Puchong. Rupanya2 kemalangan yg membawa maut suami kawan sekerja sendiri. huhuu..Innalilah dan Nauzubillah..semoga semua di lindungi Allah..

Mr Azril..dah tua2 ni..bawak la dgn berhemah ya..ingatlah insan2 tersayang...

..Rasa Macam Nak..


Lately aku selalu berfikir :

1) Nak let go handbag2 COACH yg aku ada..tak kira baru or yg dah guna ..
2) Nak 5s kan rumah sampai tinggal seminima barang..
3) Nak tukar unit ..nak tukar unit..nak tukar unit..
4) Nak bercuti..
5) Nak resign .. nak dok umah..

pst : My COACH website :
http://cuttheprize.blogspot.com/ - Email me your best price. ;)

Wednesday, October 13, 2010

..CaK!!..


Dari semalam, lepas 11.45 am..aku rasa nak senyummmmmm jek. Nak gelak tak boleh lah, kang org kata GILA lak. Bertembung dgn Oz..dia siap tegur 'Lebar senyum k.zai'...haahaha..sebab HAPPY Bangettt.. dan senyum terus bersambung hingga ke hari ni, maybe sok dan lusa dan selama2nya..Hahahaha..

*wink..

..Achoomm..


Hahaha..dlm minggu ni, aku dan roomate asyik berlawan bersin jek. Adeh..lawak lah ni. Sbb habuk bilik sbb kemas barang2 ke? Sorry..minggu ni jek..next week dah 'clean and clear' termasuk ngn tuan badan..

Tuesday, October 12, 2010

..C.a.H.a.Y.a..

CAHAYA..
semakin terang..
sinar ketenangan..
suluh kegelapan..
serlah kedaifan.

..R.I.N.D.U..


Letih..tak kuat..penat..

Awat? sebab angkut barang dan kemas2 bilik baru yg tak penah2 selesai.

Cerewet? Tak juga..tp ruang terhad..jadi kena pandai menyusun dan kena mula kan 5S dari mula supaya senang nanti.

Sedih? Tak juga..mungkin angin baru boleh jadikan aku insan baru.

Sempit? Sempit pun sempit lah..takpe. Tak hargai nikmat Allah..aku kena terima ada yg ada dan datang sekrang.

Rindu? Emm..a'ah. Rindu pada Ayyaz..watak dlm Novel BUMI CINTA. Ada ke manusia 'setenang' dan 'se redha' Ayyaz?

Dongeng? Takpe...byk beri aku pengajaran wpun hanya sebuah cerita rekaan semata.

Kata Ayyaz - Manusia yg sentiasa 'alpa' adalah manusia yang menanti esok hari dengan berfikir :

"Apakah yang aku lakukan esok tetapi tidak berfikir, APAKAH YANG ALLAH AKAN ATURKAN UNTUK AKU ESOK" (lebih kurang..kena rujuk buku balik..ngee)

Menanti? Yap..tunggu kelahiran BUMI CINTA 2 ..kalau ada - sebab watak Natasha dan Ayyaz belum lagi tamat..kan?


Monday, October 11, 2010

..Broga (?)..


Kredit to : Limau Ais website - Gambar ke Kayangan

Broga? Tet!! Bukan nak cite aku p naik Broga and off course dah lama gila tidak mendaki. Ni nak cite pasai Bukit Broga yg dlm pre-wedding Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina. Kata seseorang, gambar tu di ambil di Bukit Broga. Ek? Langsung tak sama dgn Broga betul..Editing habis ni...Broga 'real' lagi lawa kot.. ;)

Friday, October 8, 2010

..T..T and T..

..Black and white..


Terjadi tak di rencana..
Tersungkur kerana tak sempurna..
Tersedar sebelum terus lena..

Tak pernah nafikan dosa..
Tidak pula mengaku diri sempurna..
Tak juga meraih simpati daripada sesiapa..

Tak terfikir tak terduga..
Tak kena tak merasa..
Tak suka tak apa..

..TAHU ALLAH MAHA BERKUASA..

Thursday, October 7, 2010

..Rehat,Lepak..

Sekadar gambar hiasan..ngeee..

tapi tak leh 'Luah Rasa'. Nak kena tukar nama blog ni rasanya..sbb keterbatasan utk berkata-kata. Di beri 2 pilihan...Tapis atau Tutup, so, apa lagi yg ada pada nama Rehat,Lepak dan Luah Rasa? em..maybe patut tukar surat beranak, jadikan ia 'Tongkat Dagu Gigit Kuku' supaya kena dgn isi blog ni yang tak mahu di tujukan pada siapa or mana-mana manusia.

Kenapa eh? lately badan ni asyik lemah saja. Kadang2 penin kepala, kadang pedih mata, kadang2 lepas makan tak tahu makan pergi kemana coz pasti lapar semula dan kadang2 nak bernafas, kena tarik panjang2 dan berjela2. Apa halnya? Sebab lama dah tak berpoya-poya keluarkan peluh supaya banjir satu kota? Kenapa ni???

Danish dan Dania..dah besar dah..uhuk!

Emm..Tahun depan, usia Dania Hamimi masuk angka 5, maknanya..perlu ke tadika pula. Pening gak kepala, nak hantar kemana? Smart Readers? Q-Dees, Abim atau tadika biasa. Agak panik sebab Dania lebih pandai berkata-kata daripada membaca atau mengira. Bukan lah langsung tal tahu apa2..cuma nampak agak perlahan daripada abang dia. Em, tadi bersembang dgn cikgu Dania, katanya - 'Dania antara 3 orang pelajar yg cepat dan senang belajar semua benda'. Ohh.baru tahu sebab kat rumah..Dania hanya lah anak manja yg apa pun tak mau buat atau dia buat dek saja. So, aku terus aku decide akan masukkan dia ke ABIM. Senang sket satu jalan nak hantar ke sekolah bersama abang dia. Now pun aku tgh belajar hantar dan amik Danish ke sekolah. Happy betul dia bila aku ckp aku akan hantar dia..memang dari dulu..dia rayu aku hantar..dan skrang, dah tiba masa, aku tunaikan tanggungjawab aku pulak. Kadang2 abe hantar gak. Danish kata 'Kalau babah hantar...danish kena awal lagi..padan muka Danish'..haahah..tu la..takpe..belajar displin kan diri..lama2 ok nanti..

Dan aku masih di opis lama..sorry ya tuan tanah...saya usaha keluar segara. Maklumlah, dari rumah besar nak ke umah 'biasa2'..byk benda nak kena 5S kan semula..buang semua..ok gak kan???

pst : masih berfikir utk berhenti kerja......bosan lah kerja!!! ngeee...


..Yenadeyyy..

Huh! PC sapa la ni..tak friendly langsung..

GrrRRrr..penat menaip..patutnya blog ni autosave, tapi sbb connection kat PC ni bengongg..abis semua. Isk..nak ulang taip pun dah tak tau nak taip apa. Benda taip dari hati..mmg dah takleh nak ulang2 taip lagi..kang jd cite tak ori..eee..sapa la punya PC ni...marah niiiiiiii..!!!!!!

..Borak2 Dania..

Dania..4 tahun yang lalu..:)

Nantuknya mata ni..dah lama makan tak kenyang2. Apa kes? Badan lak asyik rasa tak besh jek. Em..jom layan bosan jap ..

Situasi 1.
Suatu petang di dalam bilik aku.
Dania : Ibu..orang zaman dulu takde rumah kan? Dia org tinggal dekat mana?
Ibu : Takde, dia orang tinggal dalam gua, atas pokok (pandai2 je aku) dan dlm khemah.
Dania : Zaman dulu dah ada org jual khemah ke?
Ibu : Hahaha..khemah tu..mcm dlm gua laa atau buat dari ranting2 kayu (pun jwpn belasah).
Dania : OooooOo...

Situasi 2.
Atas bot kat Melaka.
Dania : Ibu...kenapa daun tu terapung?
Ibu : Sebab dia ringan.
Dania : Oooo..tapi kenapa bot ni terapung juga?

Ibu : Babah..sila jawab..
Babah: sebab bot ni..bla bla ..berckp dgn detail ttg konsep apungan..ayark!
Ibu : hahha..dah la babah..pening lg kang budak ni..Za pun lom tentu faham..
Hahaha...so tiada jwpan utk Dania..

Situasi 3.
Dalam kereta on the way hantar Dania pergi sekolah.
Dania : Ibu..kecik2 dulu ibu putih ke? (sambil merujuk pic ID kerja aku)
Ibu : Hahaha..kenapa dania tanya mcm tu?

Dania : Ni tgk gambar ibu ni..putih jek. Cerahh jek Dania tgk.
Ibu : Tak lah..ibu mana cerah..kan gambar je tu..
Dania : Oooo..tudung ni pun tak lawa..ni tudung lama kan?
Ibu : Dah la mek..byk lak komen..
Dania : hehehehe..

Situasi 4.
Dalam bilik semasa aku siap2 nak g kerja.
Dania : Ibu..ibu pakai lipstick ke?
Ibu : Ye la ..
Dania : Ibu..ibu jgn pakai lipstick warna pekat2 tau..pakai warna yg tak terang jek..tau.
Ibu : Kenapa? Ni kan tak terang ni.
Dania : Sebab Dania rasa, kalau pakai terang2 tak lawa...
Ibu : Pandai2 je la kamu..
Dania : Betul ibu...nanti jd mcm Siti Kelambai..
Ibu : Haiyoo..byk nya pengaruh TV .. bila masa la Nia tgk Siti Kelembai?

Dania : Kat sekolah la...
Hahaahahancursss ..

Tuesday, October 5, 2010

..Pengintip..



Saja nak share. So lepas ni kalau nak ada maid kat umah ke atau g jalan mana-mana, boleh le telek2 benda2 ni kat hotel2. Kot2 lah kan.. ;)

Monday, October 4, 2010

..Kelaparan..

Hobi terbaru aku adalah MAKAN. Syioknya makan. Aku makan dah tak kira time sampai ke lewat makan..rasa lapar jek..aku makan. Tapi rasanya skrang ni 24jam aku kelaparan. Setakat ni, suar xs aku masih OK..baju pun OK...cuma jam jek aku rasa dah makin ketat. Kalau naik penimbang..still mainten 42kg. Adeh..bila la nak naik ni??

Skrang ni, aku dah mula happy dok kat opis. Kenapa? maybe sbb aku dah ada roomate. Roomate yg dah lama aku kenal dan aku kawan dan gila2 (atau dia mmg gila? hahaha.)Skrang ni..rasa seronok sbb kadang2 ah woon dtg masuk bilik...kdg2 si nuui masuk..terasa suasana dulu. Yg paling besh..ckp ikut suka jek..ko belasah aku..aku belasah ko..janji rock. Tapi kejap je la..lps ni aku akan pindah. Sunyi balik? Tak tahu la...semoga aku kuat menghadapi sunyi kembali.

pst : kpd semua..'cukup eh'? saya mahu tutup BUKU..saya sudah penat..semoga Allah lindungi semua dan semoga kita semua gembira selaluuu...siapa salah..siapa benar..Allah je tahu..termasuk lah salah aku...

Sunday, October 3, 2010

..P.e.N.a.W.a.R..

Klik pic utk lagi2 pic

Adeh! Nantuknyaa..tapi baru 9.27pm ni. Nantuk and penat coz baru balik dari selatan dan nantuk sbb terlebih makan kambeng..nanti cite pasai kambeng..

Semalam ikut abe g kenduri kawan dia kawin kat Parit Botak, Batu Pahat, Johor. Ate takde kerja ke g kenduri jauh2? Saja je jalan2 supaya freshkan kepala dan hati. Lepas kenduri tak tau nak plan ke mana..ke kiri Pontian Kechil - rumah tok aku atau ke kanan terus ke Bandar Batu Pahat - rumah sepupu aku...emm..yg mana 1? Aku sms Mona sepupu aku..dia tak jwb2 lak..so decide ke Pekan Nenas Pontian, nak p lawat Tok..lama tak tgk dia. Tiba-tiba Mona call and terus le ke Bt Pahat..Oh! Besar jugak rupanya BP ni..byk gak Mall ek? Naik pening gak nak cari carefour yg menjd landmark umah Mona. Cari punya cari...jumpa la itu carefour and Mona amik kita org kat situ. Dok umah dia..huhuh..syiok seh. Tak kerja..dok umah mcm tu..ni yg buat aku tak sabar2 nak resign ni..akekeke. Sebelum cabut..Mona and hubby hidang nasi beriyani gam Bt. Pahat..pekena kambeng laa...apa lagi..sedap2..tp kena pandai pilih kedai kata Mona. Sebelum maghrib terus zoommmm..ke Melaka.

abang..teruslah 'pimpin' Za..

Kat Melaka lepak budget hotel jek sbb dah malam tak berbaloi langsung nak dok hotel mahal semata2 utk tidur lena. Kul 10 pagi dah check out dan terus g ke Bandar Melaka. Park keta and pusing2 jln kaki..eleh, kalau kat Europe leh jalan kaki, kat Malaysia apasalah nya jalan gak kan? Masalahnya ialah PANAS giler..hahaha..Redahh jek. Jalan-jalan..amik gambar..naik bot..makan asam pedas..beli jajan..beli cenderamata..makan cendol..masuk muzium and terus balik. Kul 5pm dah sampai Bangi. Syiok? Yeahhh! syiok la..dah lama aku tak jln2 dgn membawa sepenuh hati. Kali ni dan mungkin selamanyaa..tak mahu berpaling lagi. Sebab tu lah tajuk post kali : PENAWAR..cuti-cuti - aku sedang gigih merubat diri sendiri dan abe juga sedang berusaha memberi aku kekuatan kembali. Kata lah apa org nak kata..'tak terkena' tak tahu apa yg aku rasa..ni benda yg aku pegang sekarang 'Utamakan lah pandangan Allah daripada pandangan manusia'.Poyo kah? Biarlah..bykkkkkkk sgt yang aku belajar daripada kesilapan sendiri dan bykkkkkkkk sgt yg aku belajar tentang manusia bila benda ni terjadi..HIKMAH? Abe sentiasa di sisi..

pst : malam ni makan kambeng lagii..ni yg makin lemau ni..ahaks!

Friday, October 1, 2010

..Saja2 buang masa..


'Anak-anak adalah zaman lampau mu dan ibu bapa adalah masa depan mu'. Maksudnya, perhatikan sifat anak2 kita. Kalau kita rasa dia baik,nakal atau apa2 saja lah yg memeningkan atau menyenangkan kita..itu lah perangai kita. Emm..betul ke? Aku terbaca benda ni di FB. So..aku renung semula perangai anak2 sekarang ni. Danish Hakimi memang agak payah nak ngam dgn aku sbb aku nampak perangai dia mmg ada la sket-sket mcm aku. Perangai apa? malas la nak taip..akekek. Dania Hamimi lak..tak sama langsung dengan aku. Manja..rajin and apa ek lagi. Ni bukan perangai aku. Aku manja? Tak kot..tp di manjakan. Maybe perangai abe sbb abe tak pernah cite perangai dia kecik2..ahahaha. So, kalau kita rasa rimas dengan anak2 kita...fikir lah mcm mana perangai kita....maka, bawak la bersabar sbb itu adalah kita. So, fikir lah, kalau mak penin dgn kita..itu lah kita rasa skarang..ahaks!

'Ibu bapa adalah masa depan kita'. Uiksss...betul ke? So masa dpn tu masih di depan. Jika ada sifat ibu bapa kita yg kita rasa tak kena dan tak mau jd mcm dia orang yakni (poyo gila 'yakni'..akeeke) bukan sifat negatif..tp sifat yg buat kita tak leh nak sabar dgn dia orang..so fikir2 kan lah utk berubah supaya anak2 kita tak ilang sabar gak dgn kita nanti.

Memori sebuah famili ;)

Apa yang jd pada aku lately..buat aku byk berfikir. Walaupun aku tahu mengeluh tu tak baik..tapi masih bertanya 'kenapa aku?'. Renung kembali diri..tgk salah dan silap diri..kaitkan dgn semua kelemahan diri dan terasa..'lemahnya diri ni'.

Kepada diri sendiri..'belajar lah dari kesilapan dan jgn berpaling lagi. Sayangi diri sendiri dan belajarlah utk menghargai apa yg Allah beri. Percayalah..apa yang terjadi, ada hikmah yang tersembunyi (which is aku dah dpt rasa..cuma perlukan sikit je lagi masa utk selesaikan semua).'

pst : sdg menanti abe tgh mengajar murid kelas dewasa 'control sistem'.. ;). wahai 'Anak murid'..sorry ya..lampu tu bisinggg..tttttteeeeeeeeeeeeettt..haahahah..dan..FAHAM ke?

..Lawak..



ni kumpulan lawak yg paling aku tak suka..sbb lawak dia, lawak B*ng*ng!

hahaha..ada org selalu ckp..blog and status FB aku macam org sedih nak tunggu mati jek..hahaha. Petang ni ada 1 cite lawak terjadi dan nak share? tak yah lahh..cukup lah aku cakap..buat lah lawak ..semoga terus gembira hingga ke hujungnya..

dah lama tak gelak mcm ni...adeh..betul2 KELAKAR NAK MAMPUS! Betul2 SENARIO..