Thursday, September 30, 2010

..Rumah..

Quarters UNITEN dan apartment student

Tadi lalu kat Tasik Cempaka Bangi and tgk banyak gila rumah besar lagi lawa kat tepi2 jalan. Kebanyakkan rumah kat situ 3 tingkat dan berkaca. Cantik..tapi jenuh nak buat langsir nanti.

Dari kecik, aku duduk quartes polis. Masa abah berpangkat Kopral, kita org duduk berek polis dua tingkat tapi bukan la atas bawah rumah yg sama. Kita org dok tingkat atas rumah No 792 Block E (asal aku google 'berek polis' kuar gambar CT lak yg byk? hehehe). Ada 2 bilik, 1 ruang tamu, 1 dapur, 1 tandas dan 1 bilik air. Tandas ngn bilik terletak dekat luar dapur. So malam kalau siaapa yg penakut, mmg kena berteman la wpun sebenarnya tandas tu masih consider kat dalam rumah cuma nampak keluar terus dan ada balcony. Bila abah naik Sarjan, kita org pindah ke rumah bawah. Semi D. Alhamdulillah..rumah agak besar dgn 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang makan, 1 dapur, 1 tandas, 1 bilik dan 1 ruang kecik kat dlm rumah. Sangat selesa.Lepas tu di tukar kan Alor Setar dan duduk rumah teres setingkat. Sempet seh. Tapi sebab aku jauh kat KL..tak terasa la sangat.

Bila aku mula bekerja, aku cakap, aku dah tak mau duduk quarters lagi. Ye la..dari kecik dah dok quarters. Lps study, aku kerja dekat Klang dan duduk apartment 2 bilik kat Bukit Kuda, Klang. Sewa berdua so sangat2 la selesa. Sebelum pindah ke bukit Kuda tu, aku tumpang sepupu kat Vista Angkasa. 1 rumah 15 orang..1 bilik 5 orang. Hahahaha..tapi aku duduk dlm sebulan je lah. Kojol kalau dok lama-lama.

Bila berpindah ke UNITEN ni, aku menyewa dgn lecturer dan kemudian berpindah duduk dgn kawan lain tapi still apartment yg sama. Bila dah kawin, aku duduk lagi kat apartment yg sama..kat sini org panggil Murni dengan sewa RM700 sebulan. Separuh gaji aku macam aku pulang balik pada UNITEN masa tu. Dah la umah tu kecik. Tak sampai 3 tahun, aku pindah ke Puchong. Rumah yang di beli oleh abe. Rumah teres 2 tingkat dengan keluasan tanah 18x70, ada 3 bilik tdo, 1 bilik org gaji. Agak kecik tapi OK la..at least rumah sendiri kan? Kalau renovate, wpun dah tak boleh lebarkan, tapi OK kot.

Now ni..aku ada kat QUARTERS balik. Hahaha..amik. Tak nak sangat dok quarters, tapi ini jugak yg aku pilih. Senang, selesa dan yang penting, lagi besar dari rumah aku kat Puchong. Quarters UNITEN ni mmg sangat2 selesa..tapi sampai bila nak dok sini? Aku nak duduk rumah :

1) Penthouse - ni berangan je lah. Aku tak berapa berkenan rumah atas tanah. Masa kat Puchong, mcm dok dlm penjara je. Semua kena kunci. Adeh..letih. So. aku impikan rumah besar di tempat tinggi dan ada ruang untuk santai. Pergghh! (Abang..jgn gerun eh, ni impian jek ;b) So Penthouse lah paling kena dgn tajuk Impian..hahahha..

2) Townhouse - aku bayangkan townhouse ni mcm rumah yg aku duduk dekat Amsterdam ari tu. Syioknya. Kat bawah ada dapur, ada bilik..lepas tu ada tangga naik ke atas. Ada ruang tamu dan bilik. Pastu deco ala2 moden kontemporari. Hullamak..leleh.

Tapi aku tahu..kedua2 rumah idaman aku adalah mahai..so..dapat Semi D pun Okek..tak pun apartment yg dua tingkat belah dalam. Amin.. ;)

pst : penin kupala..duplicate kunci..1 pun tak leh guna..hampeh je la kena p hantar balik.GrrrRrrr..

Wednesday, September 29, 2010

..Serabut..


Esok dah 30hb..tapi aku masih kat sini dlm keadaan yg serabutttt..malasnyaaa nak mengemas! Hire cleaner leh tak? hak hak hak...


Sunday, September 26, 2010

..Lipat Baju..

Pagi tadi, Danish tunjukan mesin lipat baju yg dia buat ikut youtube. Oh! dah buat ek? huhhuuh..so mari kita tgk demo. Nampak agak mudah utk baju2 kecik sbb kotak yg dia buat adalah kecik..

Mula2..lipat tgn..

lepas tu lipat tgh...

lps tu lipat bawah..

tadaa..siap!

Lepas dia lipat hampir 20 helai baju..'Ala..sakitnya pinggang'...hahhaa..aku ckp..'Hahahha..tau takpe'. Dia ckp 'Patut la ibu malas nak lipat..sakit rupanya'..bagus2..memahami..ahaks!!

idea mesin : youtube

Saturday, September 25, 2010

..Blogging..

Stronger than yesterday? Hopefully..

Adeh! Aku dah cuba sebaik mungkin menapis dan menghadkan supaya blog ni tidak jd topik perbualan orang. Tapi nampaknya..ada gak yg dok tertanya2..'kenapa'..'siapa' dan 'apa2' saja yg ada dlm blog ni dan paling menyedihkan..menjd bahan ckp2 orang dan paling menjengkelkan..ada yg gunakannya utk 'tikam aku' dari belakang. Kenapa buat cerita kalau tak tahu? atau2 buat tahu atau sengaja nak bunuh aku? Apa motif? Takut? Hah..

Kenapa aku menjd blogger? Sebab aku suka menulis. Dari mula..aku cerita ttg bahagia..ttg duka dan sampai 1 masa, Allah bg aku sedikit je Ujian yg buat hati aku terluka dlm alam rumahtangga. Goyahnya aku..semua aku nukilkan dlm bentuk tulisan dan penuh dgn kiasan tanpa fizikalkan org yang aku maksudkan. Dari situ..Allah turunkan aku 'pelangi' yang kononnya akan isi kekecewaan hati..
(* jgn tulis bukan2 - pesan abe) ..ok..stop..kalau tak..mmg aku cerakinkan semua..

Last sekali..Ya Allah, syukur alhamdulillah, Kau kurniakan aku Ramadhan yg indah tahun ini. Syukur ya Allah, Kau dengari doa ini..Kau tunjukkan kebenaran dan Kau paparkan setiap lakonan tanpa perlu aku gali jauh ke dalam lautan. Ampunkan aku..

Kepada 2 org teman..'salah besar' yang aku lakukan pada kalian hingga aku hilang kawan kerana ada pulak yg sesedap rasa menambah bahan supaya aku di pulaukan..semoga Allah saja berikan pembalasan. Serendah hati..harap kesalahan di maafkan.

Kepada rakan2 yg sudi memahami apa yg terjadi wpun dgn hanya meneka2 isi blog ini..terima kasih daun keladi. Harap Allah lindungi semua dan kalau ada yang tak kena..tegurlah aku seadanya..dan jgn takut bertanya. Jangan bermuka2..jgn bermain teka2..aku sentiasa sudi mendengar dan menerima apa adanya nasihat dan teguran semua.Ya Allah..hanya Kau Maha mengetahui, siapa kawan dan siapa lawan.

Kepada suami..terima kasih...terima kasih..terima kasih. Jadilah 'kekasih,sahabat dan teman Za' untuk selama2nya..dunia dan akhirat. Kirimkan lah Za ke syurga dan jauhkan lah Za dari neraka.. (sedihnya). Panjang usia..byk lagi dugaan yg bakal menjelma.(seram).

pst : Apa agaknya ending hikayat si pari2 ni? Aku serahkan semuanya pada yg Maha Kuasa.

Friday, September 24, 2010

..PancinG..

Hobi baru aku : melihat orang memancing..dapat rezeki, tak dpt cuba lagi..tahap kesabaran dan skill kena tinggi..

..Moving..


Har har har..lom abis sepenuhnya..dah ada munyik2 lak. Kenapa zai dok situ? Kenapa zai pindah situ? Bahaya ni Zai dok sini..adeh!

Kepada semua yg sangat prihatin..selepas 10 tahun aku dok 'Semi D' mewah ni..dan atas sebab2 tertentu..maybe tak bayar cukai tanah..atau sbb tak layak duduk kat tanah mahai..aku di minta keluar dari sini. Dua pilihan je di beri.. 1. Bilik yg aku pilih sekarang 2. Cubicle NASA..hah? tak mau aku..so aku pilih bilik skrang..kira dari Semi D pindah umah teres biasa la..ngeee..dan aku akan ikut cakap puan :

'Tutup telinga, pedulik apa org nak kata..dan kalau org tanya..suh tanya dia je saya direct and Zai, you must learn how to 'tutup telinga and pedulikan ckp orang'..ngeee...so kepada yg prihatin..terima kasih..doakan saya selamat di situ. InsyaAllah. Aku pun dah diskus dgn kawan baru..dia pun ok dan yg paling penting..abe aku tahu..dan lps apa yg jadi..ingat aku akan tewas lagi? No Way ...InsyaAllah...amin..

Aku dah pertahankan hak aku dan aku berjaya pertahakan selama setahun jek..so sampai sini je hak aku ini utk di nikmati..mungkin ni semua ada hikmah atau balasan..uhuk..dush!!

pst : di mana keadilan..kata nak ikut gred..ikut lah betul2..skrang dah mcm rojak..dan aku? MANGSA..mmg di lahirkan utk jd MANGSA ke? nauzubillah..astarafirullah..semua ada hikmahnya..kan?

..Kisah Tentang Bulan..

Bulan pada jam 8.10 am tadi..

ini kisah tentang bulan
bulan bintang jadi kawan
begitulah persahabatan
yang cuba kami eratkan
moga berkekalan selamanya
- lagu tema drama 'Tentang bulan'..suka dgr chorus ni'

Terpegun pulak tgk bulan di siang hari. Gambar ni aku snap jam 8.10 am td..kenapa bulan tak tidur lagi? Semalam..aku dah mcm bulan..tak dpt lelapkan mata wpun sekejap. Opss..jgn salah faham, tahu malam tadi malam jumaat..tapi..jgn fikir bukan2 ya. Semalam..entah kali ke berapa aku hadapi situasi mcm ni. Aku tak boleh tidur wpun sekejap. Mungkin juga sebab perut aku yg berangin a.k.a lapar..dan mungkin juga sebab 'dugaan' yg aku hadapi semakin hari..seolah-olah Allah tunjukkan apa yang dah terjadi. Pelik..dulu aku penah cuba selongkar sendiri..tapi sekarang..semuanya Allah tunjukkan tanpa perlu aku gali. Apa lagi selepas ini..Ya Allah..berikan aku kekuatan wpun seinci..

pst : betul ke doa org yg di aniaya di makbulkan Allah? Itu janji Allah kan? Amin..


Wednesday, September 22, 2010

..SuSu..

Sedap tau..cuba lah..

S for Susu..or S for sewel. Stress aku dgn tenet kat umah ni. Kejap OK..kejap KO. OCS dgn Bery..dia suh pakai proxy..sama je hasilnya. So,remote je pc opis. Sebenarnya takde apa nak cite..tadi siang amik 1/2 day dan tdo dari kul 2.30 pm sampai 5.30pm..ngee..anak2 main kat ruang tamu tak kacau aku. Fuh..heaven! Bangun2 terus penin dan now ni..langsung tak ngantuk. Tapi nak buat apa?

Gambar kat atas tu bukan nak promote Anlene..just nak share..akhirnya, aku jumpa juga sumber Kalsium yg aku boleh minum tanpa loya. Sehari 2 kotak dan alhamdulillah, ada sponsors..so, mari manfaatkan anugerah yg ada. Penah beli setengah dozen Anlene Vanilla..alih2 expired je dlm gobok. Tak lalu seh.. and now aku belajar minum air yogurt..dah tua ni..byk benda nak kena jaga...kalau tak? tanggung lah sendiri..kan?

pst : rindu pada bumi Amsterdam..(poyo kah?..ngeee)

..S.T.U.C.K..

Somebody HELP me..

Hah! Tak tahu bila la kemelut BOSAN aku nak abis. Aku betul2 dah B.O.S.A.N dok kat sini. Last month, aku jumpa bos (puan) minta keluar dari unit Dev. Apa la susah sangat? Aku tgk orang lain senang je keluar masuk unit or jabatan. Kenapa aku susah sgt ni? Nak kata aku ASET Dev..kelakar gila lah tu. Teringat lagi, dlm 5 tahun lepas, aku minta keluar dari Dev ke unit grafik..bos tak lepaskan juga. Aku rasa, aku dlm Dev ni pun tak fungsi sangat..so..LEPASKAN je lah! Dah 10 tahun aku dlm DEV..STUCK..let me out! Pls....

Hari ni result Kompetensi keluar. Alhamdulillah..tapi sessi CARAS belum lagi..so jgn lega sgt. KPI pulak..aku OK je kali ni. Kalau tinggi pun, lps proses CARAS, sure turun..so terima seadanya.

Thinking of ..BERUBAH terus secara drastik..

Time2 macam ni, teringat pulak offer abe 'letak notis 3 bulan'. Mungkin aku perlu solat Istikharah minta petunjuk. Tapi kalau ikut kata hati, compem la jawapannya - RESIGN. Kecewa betulah dgn apa yang jadi..sedikit sebanyak dah rosak hati aku. NgokS!

pst : petang ni nak tidurrrr jek...

Tuesday, September 21, 2010

..SaNgaP..

Adeh..dari semalam, sejak masuk kerja..mata ni asyik nak pejam jek. Petang smlm, dah tak tahan sgt..aku tdo je kat 'pot' biasa dlm opis..hahahahancurss. Ni la bahananya kalau hati dah takde kat tempat kerja. Cari pasal lagi, dari elok2 happy..terus jadi hampeh. Lagipun 1/9/2010 ari tu, genap 10 tahun aku kat ITMS..aje takde masalah? Hahaha..lantak lah. Perlu ke fikir sampai senak? Tak hengen.. dan opis aku adalah kucar kacir..ada 9 hari je lagi..layan kan jek..tahap malas nak fikir apa yg akan jd kat aku kat opis adalah infiniti..belasah jek.

Tidur itu SYIOK seh!

Ni saja je menaip ni. Anak2 dah lena dan abe g PAKA sampai Jumaat. Kalau dia ada..malam ni patutnya layan DVD seterusnya - 'Confession of shopaholic'.Dah dia takde, malas lak nak melayan sorang2..lagipun minat tgk movie ni dia..aku? Layan gak janji dia tak buat donno kat aku mcm dulu2..heee.

Sambil menaip ni, sambil mengunyah. Aku rasa, kerja aku skrang asyik nak mengunyah jek...tapi berat tak naik2 pun. Ikut hati, tak mahu naikkan berat sbb aku selesa dgn bdn ni..takde 'spare tyre' adalah sgt seronok. Duduk pun tak 'seeh'. Ni pun rasa mengah jek. Perlu ke aku peduli org dok kata aku kurus ek? Emm..jap nak fikir..tet!!

Dah nak jd anak dara

Tiba-tiba teringat dekat mek ni..Dania Hamimi. Aku tgk dia yg nak masuk 5 tahun next year ..sedih lak rasa. Nanti makin besar..makin ilang la chomeynya. Nanti dah tak pipi gebu yg nak aku cium.

Tido lah..takde apa nak buat pun...nite! ZZZZZZZZZzzzzzzzzz....


..T.E.L.U.S..

Ada ke orang punya hati SEPOLOS ini? Putih Suci..(geleng kepala)

Apa makna TELUS? telus pada aku adalah Tulus dan adik beradik POLOS yakni, terlalu mudah berterus terang, terlalu mudah percaya orang dan terlalu takut utk menipu. Mungkin juga terlalu baik utk bercerita kpd orang benda2 yang tak patut cerita dan tujuan bercerita just sebab seronok2 nak share dgn org yg di rasakan selesa dan boleh percaya. Aku rasa, penyakit aku yang paling sukar nak buang ialah TELUS. Twit! aku tak kata aku baik okek. Cuma aku terlalu cepat percaya orang dan cepat gelabah kalau berbohong. Tapi aku manusia yang tak takut mengaku salah..

Kenapa tulis topik ni? Tiba-tiba je kan? Sebab aku skrang dlm tempoh muhasabah diri. Renung balik apa yang jadi dan kenapa ianya terjadi. Aku rasa, ini lah benda yg buat aku senang di tipu selama ni. Tak kisah la oleh siapa dan dengan siapa..tapi kenapa aku tak boleh nak belajar dari kesilapan? Aku paling pantang kena TIPU dan memang dari kecil mak abah ajar jgn menipu. Bila benda ni aku boleh praktik kan..even takde istilah Tipu Sunat dlm diri aku, jadi aku anggap semua orang yg di didik dgn baik oleh mak bapak ...tak kan menipu. Em..baik sgt ke aku ni? TAK! ini aku tahu..cuma..aku kena ubah diri skrang. Bukan lah berubah jadi penipu lak..cuma..kurangkan berckp dan kurangkan bercerita benda2 yg tak perlu. Kadang2 bila aku seronok bercerita itu ini..mungkin ada pulak yg ingat aku riak..so..jalan terbaik ialah DIAM kan?

Snapped by Dania Hamimi..sekadar pic hiasan..;)

Tadi masa angkat almari..tukang2 angkat tu ckp 'suh Zai pilih sendiri..dia ni cerewet. Network down cepat je komplen'. Hahha..siot! Sebenarnya korang tak tahu..aku ni umpama helpdesk kpd kawan2 aku..sebabnya maybe aku dah biasa dan dah lama kat sini..so aku la yg tak berapa nak malu nak complaint. Tapi sikap jd 'helpdesk' tak bertauliah ni pun bahaya gak..nnt org fikir aku jenis tak puas hati lak. Takpe..mari berubah. Aku maybe akan jadi mcm aku yg dulu. Orang ckp, dengarkan jek..lps tu sengeh jek. Kalau perlu, baru bercakap. Harap 'kawan baru' aku nanti pun jenis tak byk ckp. Tapi dia panggil aku 'awak'...alahai..Fobia lak..ngeee..

pst: sakit seh perut aku tolak drawer tadi, berat gila..

Monday, September 20, 2010

..Tongkat Dagu..

Now ni 9.08am dan aku masih berada di kerusi lama sblm beralih angin ke tempat lain. Tongkat dagu sambil belayar di alam maya. Baca blog orang, baca paper..ada lak yg gantung diri tak tahan tekanan hidup. Astarafirullah..Nauzubillah. Check FB kat enpon and malas nak layan plok. Kawan2 masih ada yg cuti, ada yg MC dan ada yg puasa. So, aku duduk je lah tak g sarapan. Nak niat puasa 6 sempat lg ni. Tp dah terbayang lak nasi kat umah utk lunch..dan now ni, tak lapar pun..

Dalam keadaan bosan mcm ni..tiba2 terfikir balik offer abe 'Letak notis 3 bulan'. Em..perlu ke? Pagi tadi bila dah kena bangun awal semula lps berseronok2 (seronok ke?) bercuti..mula la agak liat nak buka mata. Sebab anak2 nak sekolah, compem lah kena bangun awal. Sediakan semua keperluan dan solat subuh. Lepas tu aku letak kepala balik. Itu lah satu habit yg boleh memeningkan kepala sbb tido2 ayam sblm bangun semula utk mandi memang la tak elok. Nanti badan pun jd lemau. Tapi tahap kemalasan lagi tinggi maka, layankan juga mata sekejap. So, kalau aku tak kerja pun..still kena bangun awal kan? Kena hantar anak2 g sekolah sendiri..kena kemas rumah, kena masak ..uhuk! Boleh ke? Tapi org ckp...alah bisa, tegal biasa. Lagipun, aku kena betulkan niat dulu kalau betul2 nak resign. 1st..bukan sbb masalah yg aku hadapi..bukan sbb aku nak lari dari orang. 2nd, niat kena lah sbb nak jd isteri yg baik supaya aku boleh jaga semuanya..tapi, mampu ke aku? 3rd..aku kena fikir backup plan supaya ada gak RM masuk dlm poket aku. Duit bukan lah masalah setakat ni..alhamdulillah. Even kdang2 aku kuar shopping, tak bawak wallet pun..semua abe tanggung. Lepas buat 'list' kegunaan gaji aku dan semua benda yg abe tanggung..memang tak luak pun duit aku kecuali aku ikut nafsu berpoya2 shopping online. Biasanya duit (selain bayar kereta dan bg mak abah sket) aku guna kalau minta apa2 kat abe .dia ckp 'NO'..maka duit aku lah jd sasaran. NO tu still YES lah dari abe...maknanya..bukan dia tak izin beli barang tu..cuma dia tak nak banje..kalau guna duit sendiri..Go On..hahaha. Aku pun bukan leh jenis DEGIL sgt mcm org dok ckp...and so..'Apa keputusan aku?' ..Ya Allah..beri kan lah petunjuk dan jalan. Tapi tipu lah kan kalau apa yg jd ni tak dorong hati aku fikir2 benda2 mcm ni..Allah je yang tahu.

Tak sesedap yg dekat Europe..

Semalam p Mines and tak join pun jalan2 raya yg dia orang buat. Tahun ni, memang tak raya sakan..kenapa? Ada jwpan,tapi tak boleh taip kat sini. Kat mines, lps having lunch Sushi, terus pusing2 cari jam..Thanks eh abang..and masa kat Giant, terpandang croissant and terus teringan kenangan kat Europe. Sedapnya croissant cicah kopi dan ruginya aku 'sia2'kan percutian kat Europe ari tu. Padan muka, ikut hati lagi. B.A.N.G.A.N.G!

Mcm mana DVD leh sama dgn VCD ni? dah salah beli..

Mcm aku tulis before this, aku mmg suka collect dvd/vcd cite ala2 L.O.T.R. Semalam, aku beli Clash of the Titans (CoTT) dan Prince of Persia utk tambah koleksi wpun aku tau cite ni dah ada org download dan ada gak jual DVD pirate just for RM4 sekeping. Tapi sayang la..aku ingat kan CoTT tu DVD..rupanya VCD jek..ngeee..

Friday, September 17, 2010

..S.E.M.P.U.R.N.A..

Termenung kejap fikir kes bunuh Sosilawati ni. Ya Allah, kejamnya manusia. Masa mula2 baca berita 'bunuh,bakar dan buang', hati dah terdetik..ni bukan kerja orang kita..tak kan Islam sekejam itu kecuali di bawah 'sedar'. Bila tgk anak Sosilawati yg begitu tabah..terasa, Ya Allah..kuat betul dia dan kenapa aku hilang pedoman dgn dugaan yg aku cipta sendiri. Semakin hari, hati semakin redha dan terfikir jugak 'kenapa aku nak salahkan yg lain'..benda tak jadi kalau aku sendiri kuat dan tak ikut perasaan. Bersyukur byk2 sebab Allah dah sedarkan aku dan masih sayang pada aku. Tak perlu lah kan nak berdendam? Doakan semoga semua dpt lindungan dan kasih sayang dari Allah. Tet! okek..tamat sudah kisah sedih..tak mau lah fikir lagi..maaf zahir batin pada semua ...

SEMPURNA..apa lg yg aku cari?

Tadi petang g Tesco ngn abe..jln berdua. Kelakar pun ada bila tiba2 sibuk nak cite kisah lama. Teringat cite masa kat IKATAN dulu yang skrang dah jadi ILSAS..masih segar mcm mana abe dtg ke hostel just nak past kad dgn ucapan ' I never realized it before..but now I know that..I LOVE YOU' dan sblm blah..dia ckp 'If anything happen, we still friend.OK?' hahaha..takut kena reject lah tu...dan masih dlm ingatan 'Kita ni kawan or adik abang angkat?'...jawapan aku 'KAWAN lah' tu yg jd penentu Jodoh kita orang..semoga dia suami aku dunia dan akhirat. Ini bukan kata2 poyo nak sedapkan keadaan..tp ini lah doa aku dari dulu lps solat wpun aku dlm keadaan 'tercicir'.

Kad watson..penyeri blog saja.. ;b

Em..cite Tesco tadi, lps beli brg2 utk umah mak..singgah jap Watson, mak nak lipstick. Haiyaa..byk stok abish. Simply Siti boleh tahan gak mahailnya..lebih mahai dr Revlon dan Loreal. Semoga anak tempatan ni berjaya. SA watson suh aku buat kad ahli..buat je sbb aku mmg beli brg2 solek2 ni kat Watson masa sale. Ni pun nak cite ke? hahaha..sebenarnya..blog aku dah punya 'keterbatasan'..kalau tak..aku dah tak di benarkan berblogging lagi..so..payah gak nak luah rasa hati..takpe, insyaAllah ada hikmahnya..kan?

Sok balik UNITEN...apa eh yg akan jadi seterusnya?? Takut lak ...huhuhuhu

Thursday, September 16, 2010

..B.O.K.E.H..

New lense for my Canon dari abe.. ;)

Ha..apa ke bendanya BOKEH? aku pun baru tau term ni lps membeli lense baru 50MM. Bokeh tu kalau ikut hasil aku Google..ianya adalah satu bahasa jepun (apa punya ayat daa) utk teknik mengambil gambar dgn menfokus titik objek dan background akan jadi blur. Haa..faham? Tadi,aku ngn adik telah cuba utk memBOKEH. Objek sasaran adalah Pelita dan objek utk di blurkan adalah Bendera Malaysia. Berpeluh gak buat benda ni. Dengan menggunakan lense canon 50mM...ni jek hasil terbaik yg aku rasa lom tentu baik. Setakat poyo-poyo boleh lah. Beginner lah katakan...


Hasil BOKEH Am a.k.a Modo

Ni hasil BOKEH aku..;)

..Garu Kepala..

Klik pic utk lagi pic ;)

Now dah ada kat Ipoh, rumah emak. Tadi dlm kul 10 am dah check out dr The Reef and naik feri, terus ke Ipoh. Sepatutnya singgah Bagan Serai dulu beraya, tapi pelik lak abe ni. Em..takpe lah..aku faham situasi dan perasaan dia sekarang. Kalau semua boleh ulang..aku janji, semua ni tak terjadi. Tapi dah jadi kan..Za minta maaf byk2 dan thanks terima Za seadanya. Tgh upload pic ke FB utk di share ke blog ni. Aku sebenarnya bukan nak share sgt pic2 ngn orang kat FB, tapi sbb FB salah satu tempat yg sgt senang nak upload and share pic, sbb tu aku share ke sana. Nanti maybe aku akan beli domain sendiri. Senang kan? Lagipun FB dah kena block kat opis..so semua link pun 'mati'..H.A.M.P.E.H jek.

Esok dah Jumaat and lusa akan pulang ke UNITEN. Takde aral, insyaAllah akan ke kenduri kakak Iskandar kat Teluk Intan. Tapi kalau abe tak mahu g..aku ikut je lah. Actually ubun2 kepala aku sakit sgt2 ni sbb aku ikut sgt kata hati. Kalau lah..KALAU tau..darah jd beku kat kepala ni..apa ek nasib aku nanti? Huhuhu..harap2 takde apa la..tu lah kan...padan muka. Tapi kalau MATI pun..aku bersyukur sbb suami aku terima aku seadanya.

Isk..beshnya kalau terus cuti kan? Abe dah bagi green light utk 'cuti' and dok rumah jaga anak2. Tapi..aku lak pk panjangnya skrang ni. Kenapa aku nak resign? Nak lari dari masalah? Kenapa aku yg kecundang? Aku ke punca masalah? Niat mmg nak kerja utk abe jek..tapi lps apa2 yg jadi ni..aku kena pk panjang lagi...insyaAllah, semoga ada jalan. Semoga Allah beri petunjuk....amin.

Tuesday, September 14, 2010

..Ceritera Cuti Raya..

Wah..mcm kat Las Vegas jek..hahahaha..mcm penah g..wat lawak je lah..;b

Hai..whatz up? Now ni ada kat tingkat 15, Reef Apartment TNB kat Penang. Nice scenery and nice wheather. Dah 2 hari kat sini and tadi p jln2 ngn famili, p Kek Lok apa eh..hhehe..tak hengat la plok namanya. Ala, tokong Buddha yg ada patung Buddha besar tu. Dah tak mcm dulu..lengang jek. Kedai pun dah byk tutup. Saja je ajak abe g situ sbb dari kecik aku gi, tak penah lak aku panjat tangga sampai ke tokong. Since tak ramai orang..senang lah perjalanan.

Kasi kekuras makan kangkung..ni kat China..;b

Lps berpeluh2 kat situ..p pekena asam laksa and pasembur kat Padang kota. Sebenarnya perut tak berapa nak OK ni.. tapi tak mau fikir sangat and rugi lah kalau raya-raya and jln2 tak leh nak mkn mcm2 kan? Padang kota tu takde apa pun..just lepak2 je.

Dania with her new DG Camera..mana tau, leh buat duit nnt..ahahahaha

Smlm sblm check in, singgah kejap kat Gurney Plaza mkn Mc D. Jln punya jln and jumpa Canon tgh wat promosi kamera and lense. Yay! Abe belikan new lense and aku belikan Dania digital kamera (yg abe bayarkan dulu..ngee). Saja je belikan sbb aku tgk kepala dia ni tak sama dgn Danish..so, cuba bg something yg dia minat. Nanti aku bukakan 'ruang' utk gambar2 yg dia amik. Mlm ni..melepak je kat atas ni..maleh nak kuar..Penang ni bukan ada apa..tp kalau berdua jek ngn abe bercuti ni..besh gak kan? Abang..jom New Zealand.. akeekeke..

Taken by Danish Hakimi..ni ala2 kat Hong Kong lah ni..hahaaha..poyoss lagi..

Adeh..berasap tunggu nak upload pic ni. So meh tambah cite. Hari ni hari Selasa..so aku ada lagi 5 hari lagi dok lepak2 bersama keluarga. Lps tu? emm..kalau boleh elak g opis..mmg aku akan elak..tapi..tak pe lah. Thanks abang bagi Za semangat dan semoga 'hijrah' pertama yg Za akan buat nanti..boleh bantu Za ubah diri. Tak sangka lak aku leh terima 'offer' Puan dgn rela hati baru-baru ni. huhuhu..tak mau la taip lagi...sedih lak terkenang nasib diri..dan wpun abe ajar aku supaya 'let go' semua masalah..tp hati aku kadang2 tetap berdoa 'Ya Allah..tunjukanlah'..Astarafirullah...tak pe lah kan..apapun..Allah ada..


Sunday, September 12, 2010

..Kisah P.E.R.U.T..

Kurus sangat ke? Emm..

Hari ni dah raya ke-3 bersamaan 3 hari lah perut aku sakit. Tak pernah lak sakit sampai mcm ni. Maybe terlebih makan atau terkejut dgn makanan yg tak hapa-hapa aku sumbat dlm perut ni. Smlm, abe bawak aku p Kinik. Since ni tgh raya and kat Alor Setar ni memang ramai melayu..so byk la kinik tutup. Terjumpa la Kinik NGA..MBA from Australia..ngeeeh. Doktor yg terlalu byk pengalaman agaknya..tak sempat aku ckp byk..just 'sakit perut'..Doktor sampuk 'Ooh..hari raya..biasa2..nnt saya kasi ubat'..tanpa sentuh sket pun aku ni. 'Tapi menyucuk ni'..dia lak..'Ooo..mau cucuk? Haa..baring2'..siot jek. Hahhaha...so dpt la cucuk seliang dan kena lah RM45 utk ubat. Dan sampai la ni..boleh makan, tp perut masih menyucuk dan kdg2 rasa nak muntah. Abe ajak p Perlis ni..aku dah tak larat lor.. Sorry eh abang..nnt kita jln2 kat Penang eh.

Malam tadi sedara mara berkumpul kat sini - Umah adik mak ni, aunti Babar. Biasalah aunti mmg terra masak. Aku lah yg menjadi bahan :

'Awat kurus sgt ni Liza?'
'Za makan ubat kurus ke?'
'Bagi la petua mcm mana nak kurus?'
'Awat pucat sgt ni Liza?'

Adeh..senak telinga aku. OKEK..saya mengaku saya makin kurus dan maybe dah sampai 40kg ni lps cery bery yg melampau. HUhuhu..Ok..tiada planning utk jadi sekurus ni. Aku tanya abe 'Teruk sgt ke Za ni abang?' ...huhuhu..sib baik dia kata OK JEK..EM..insyaAllah, selepas semua 'masalah' ni selesai..aku cuba jadi aku balik dgn berat2 bdn sekali. Berapa berat ideal? 51kg? InysaAllah..doa2kan lah...

Dan soalan paling besh 'Bila nak tambah baby ni?' muahahaha..aku jawab 'Dok KL takleh anak ramai..mahai hantaq nursery' ..hahahhaah....

Sok p Penang for 4 days and 3 nites..apa la nak buat..

Friday, September 10, 2010

..Sakit Puyut..Hua..


Huaaa..sakitnya puyut! Masa menaip ni, entah kali ke berapa aku dok ulang-alik p tolet 'membuang'..uhuk. Sakitnyaaa.. Mak dah kasi ubat..dah kasi minyak kat perut. Still KO ni..Adik ipar aku ckp yg juga seorang nurse..'akak tu KZM tu'...apa ke bendanya KZM? 'Kalau kat wad..dah bagi line kuning' sambung dia lagi. 'Wei..KZM tu apa?'. Mak dah gelak. Maklumlah, mak pun x-nurse. 'KZM tu..kurang zat makanan'....cehhh! hahaahaha.. Maybe la kot. Tak tau la apa nak jadi ngn aku ni..makan over mcm ni terus KO. Mcm mana eh nak naik kan berat bdn mcm ni? Kena kasi hati tenang dulu. InsyaAllah..semua dah settle..semoga sakit perut ni berlalu mcm sakit hati aku yg insyaAllah..akan pergi juga.

Ni benda yg aku makan ari ni :
1. lontong dgn sambal sotong mentua
2. Ketupat palas + lemang + rendang daging mak
3. Bihun sup tulang mak
4. Kuih muih raya.
5. Petang ulang balik lontong...

Camno nak beraya esok ni.....emmm...


Malam dah tak boleh makan langsung..uhuk..

..Raya 2010 Orange..

Sila cuci mata je lah ya. Tak tahu nak cerita apa. Raya yang betul2 tangkap leleh..harap betul2 dapat ke ampunan zahir dan batin dari semua orang terutama daripada abang. Hari ni kat Ipoh..esok insyaAllah ke Penang dan kemudian ke Alor setar dan kemudian ke Penang semula untuk bercuti bersama keluarga.

*Pedih dan bengkak mata..cukup lah rasanya.

Thursday, September 9, 2010

..Raya sebelum 1 Raya..

Apa punya title daaa..Esok dah raya. Mood raya tak berapa nak ada. Awat? Entah la..susah betul nak repair diri sendiri. Betul2 berdoa utk jadi Zai yg dulu2 lagi..Em, tak mau lah buat cite sedih. Orang lain elok je tak ingat apa yg jadi..buat apa aku nak susah2 kan diri. Hahaha..ckp senang lah!

Haa..nak upload pic ni dari smlm. Tapi PC baru depa ni, bluetooth tah apa2. Kuikuikui. Takde apa pun nak share. Saja nak upload pic. Btw, aku raya kat Manjoi tahun ni. Tadi berbuka kat kat Manjoi, tapi sekarang ada kat Jelapang balik sebab budak2 ni nak main bunga api ngn sepupu dia orang. Manjoi takde budak2 lagi setakat ni.

Ni lauk berbuka hari Rabu. Meriahnyer..syioknya..kalau hari-hari makan mcm ni,maybe aku leh gumuk balik. Tapi awas..kolestrol..ahaks! and maybe sebab tu gak aku tak besar2..aku agak menjaga makan..nak2 yg berminyak..bersantan..memang aku tak mau amik sgt.

Ni dpn umah Haji Rahim dan Hajjah Zubaidah di malam raya. Bukan aje ada pelita..tapi ada gak bendera sempena merdeka ari tu.

Ni Parkson kat Ipoh Prade. Kalau raya..orang lain sibuk shopping kat KL..aku ngn abe memang suka g sini jek. Tgk..aman damai jek. Dunia ini macam ana yang punyer..ngeee. Tapi tahun ni tak shopping sakan. Tahun dpn je lah kalau panjang umur dan semua masalah hati ni selesai..Tadi kat sini beli kasut raya..hahaha..tua2 pun nak kasut raya. ;b

Jeng Jeng Jeng..bukan nak tunjuk apa. Sebenarnya tudung ni kosong jek. Tudung yg aku tempah utk raya tak padan dgn baju. So aku beli tudung lain yg biasa-biasa dan aku beli batu..dan tampal. Berpeluh gak buat benda ni, tapi puas hati. Batu tu murah jek kecuali batu swarsorki yg kat tgh2 tu..sebijik 5 posen...lps ni boleh buat sendiri lagi..

Ya Allah..tenangkan hati aku..tak semudah yang di sangka rupanya dan abang..pls..bagi Za sokongan..tu je Za harapkan,

Wednesday, September 8, 2010

..Sampai sudah..

Guna PC adik..chomey seh wallpaper. Seronok nya ceria mcm kartun ni..;)

Yay! Selamat Hari Raya..sampai sudah Ipoh jam 4.30pm tadi. Perjalanan macam biasa la..2 jam setengah. Kereta agak banyak tapi lancar. Rasa mcm kejap lak, maybe sebab aku dok belakang dgn anak2. Adik kat depan dgn abe. So, meletakkan jawatan sebagai Co-Pilot..kepala tak pening sangat...ngeee. Cuaca tadi kejap ujan..kejap OK.

Malam ni berbuka dengan semua kecuali adik bawah aku a.k.a Sham still on the way dari German to Singapore and terus ke Ipoh. Sib baik tak kena raya kat German kan? kalau tak..nangis..akekeke. Malam ni mak masak Kari ayam (kot), masak lemak sotong, ayam goreng mak, paru masak apa tah and mcm biasa, kalau kita org balik, sure ada ulam dan sambal wpun di bulan puasa. Btw mood raya takde sangat ni. Awat tak tau. Duit raya langsung aku tak tukar and sampul raya pun takde ni. Harapkan abe punya yg TNB kasi jek. Kudut betul la TNB ni, sampul raya pun berkira..kita org staff UNITEN tak dpt langsung. Esok p cucuk je kat CIMB berapa yg ada utk anak2 buah..suh share2 ke..hahhaha.

Kalau lah aku betul2 boleh berhenti kerja..memang aku berhenti...emm..boleh ke??

..Raya oh Raya..

Kosong tak berisi-isi lagi..uhuk!

Adeh! Nantuknyaa. Now dah 12.35am bersamaan hari Rabu. Patutnya kena pack barang nak balik kampung esok, tapi malasnya Ya Rabbi. Lagipun tak expect nak balik esok sbb mula-mula abang kata dia takleh cuti..tiba2 cuti la plok..ni ada yg sambung esok ni packing..ngeee..

Ni la tokei kedai..Dania ngn Danish sibuk jek

Tadi lps buka, p Warta jap, bukan shopping eh..tapi encik Azril dan encik Danish nak p tukar buku yang di sewa kat situ. Ni la kerja dua beranak ni..ibu layan kan jek. On the way back..singgah Ariani..ayiyiyi..mahainya tudung..made in Italy eh? Pastu singgah Fareeda plok..ayoo..singboard je cun and beso..tapi kedai takde apa. Frust jugak tgk kedai ni. Lepas tu terus p kedai member Shazzmin Collection. Aku terpaksa cari tudung lain sebab tudung yang aku tempah tu tak kena dengan baju..ngeee. So rembat je apa yang ada kat Shazzmin. Tapi si tokei Lin takde lak. Alhamdulilah ada la tudungnya. Lepas tu ajak abe p Downtown Bangi nak p tgk si Nuui tu. Nyaris gak tak jadi p sebab tiba2 hujan turun. Lps tu susah nak parking juga. Tapi rezeki nuui malam tu..jumpa la dgn kita orang. Lepak kejap and sibuk2 kan diri..amik sebotol VS and terus balik. Semoga bisnes mu sukses Nuui..tp kena lebih kan sket senyuman masa meniaga tu..tau.. ;b

OK la..barang tak pack2..sibuk layan blog la..so pagi je laa..balik awal2 pun, bukan leh makan kan? hahahaha..

Monday, September 6, 2010

..Kata Hati..


"Suara hati ibarat kemudi di hati manusia. Di bekalkan oleh Allah sebagai isyarat bila mana mata tidak nampak benaran yang terselindung oleh tipu daya."

Percaya pada kata hati? Aku di antara manusia yang sangat-sangat percaya pada kata hati aku sendiri. Setakat ini, jika kata hati aku menjadi sangat sangsi pada sesuatu yang terjadi, aku pasti selidik sehingga ke akar umbi. Alhamdulillah, kemudi yang Allah bekalkan pada aku setakat ni tak pernah tersasar dari apa yang aku rasai. Cuma kadang-kadang, bila kata hati menunjukkan realiti..bersedia lah untuk menerima hakikat yang memeritkan diri sendiri. Biasanya..kata hati aku membongkar sesuatu yang cuba di sembunyikan dari pengetahuan ini. Kata hati bukanlah magis yang tiba-tiba terjadi ikut suka hati..ianya datang bila terasa ada sesuatu yang merisaukan hati. Namun, aku tak pasti, bila kata hati sentiasa menjadi realiti..ianya kebaikan untuk terus di ikuti atau ianya sebenarnya membebankan diri. Dah nampak kebenaran..dah lihat kenyataan..apa tindakan seterusnya nanti? Fikir lah sendiri...

Pst : Ya Allah, lagi 4 hari saja lagi utk lalui Ramadhan ini..berilah aku peluang berpuasa hingga kehunjungnya nanti wpuna aku tahu..ianya patut sudah terhenti di sini..hari ini..Ya Allah..Engkau Maha Penentu Segala. Amin

..Hampir 5 tahun..

Hak tetap hak..kan? Alhamdulillah (saja kasi pic blur)

Alhamdulillah. Dah jumpa...huhuhu. Syukur sangat-sangat. Rasa nak leleh lak air mata. Terus amik henpon dan sms abang dan mak. 'Alhamdulillah..Za dah jumpa cepu emas Za...huaa..nak nangis lak rasa..'

Ngee..apa cer ni? Sebenarnya, aku baru terjumpa cepu barang kemas aku yang missing hampir 5 tahun. Camno leh miss place? Em..masa aku pantang Dania dulu, masa tu kat umah dan 1 malam..rumah mak hampir di masuki perompak sebab barang2 luar rumah byk beralih. Tapi alhamdulillah..rumah mak selamat dan rumah sebelah yg di masuki perompak tu. So bila dengar je jiran tu bercerita dgn perompak seramai 5 orang siap parang bagai dan nyaris2 nak kena rogol..aku jadi 'amat2' takut nak dok umah mak. Masa tu aku bwk cepu emas ni..so aku decide..sila sorokkan barang kemas itu..dan sorok punya sorok..sampai kesudah aku tak jumpa. Mak pun dah punggah bilik aku kat kampung..tak jumpa. Aku lak..wat bodoh je sbb aku tahu..barang2 kemas aku ada lagi..cuma tak tahu kat mana. Minggu lepas..mak call dan tanya lagi pasai barang kemas tu. Aku ckp..'insyaAllah, tak kemana..nanti Za cari lagi ek'..sampai la 1 malam..lps solat isyak..tiba-tiba hati aku terdetik. 'Barang tu ada dlm rumah ni..dlm almari..tapi almari mana?' so malam tadi..aku selongkar bakul baju dlm almari ..tak jumpa. Hati aku masih cakap..'cari lagi...ada dlm rumah ni..dlm almari'..huuhuhu. Petang semalam, masa aku g Tomei dan masa buat payment..SA tu cakap 'Kak..trade in lah gelang ni..style lama tu'..uhuhu. Aku cakap..'Tak boleh..ini gelang saya dapat suami bagi sebab mengandungkan dia nia (tunjuk Dania)' ..huhuu..sayang kan? Ada ke nak trade in pemberian mcm tu? InsyaAllah selagi tak terdesak..aku akan jaga harta benda aku baik2. Masa tu teringat barang2 kemas aku dlm cepu emas tu..terus niat 'Ya Allah..jika semua tu dari sumber yang halal..semoga aku jumpa kembali barang2 tu'.

Pagi tadi..masa siap2 nak p kerja..aku buka belakang cermin almari solek. Subhanallah. Depan mata je barangnya. Astarafirullah..Alhamdulillah..dan now..barang-barang tu ada balik pada aku. Serius sayu..huhuhu. Apa yang ada dlm tu? Tak banyak harta aku ni sebab dulu aku memang tak minat emas. Dalam tu ada 2 utas gelang tangan. 1 wasiat dari maktok aku sebelum dia meninggal. Aku the only one cucu dia yg dapat barang ni sbb dia kata 'Za dah jaga maktok baik2' (uhukk..sedihnya..huaa..kan dah leleh..semoga roh maktok sentiasa di limpahi rahmat) dan aku memang antara yang paling rapat dgn maktok. Gelang tu emas padu zaman dulu..kalau gadai..bayangkan bape aku leh dapat..InsyaAllah..aku tak kan gadai. Seutas lagi..gelang aku beli dari duit Emas kawin 9 tahun lepas. Ya Allah, bayangkan kalau betul-betul hilang..sedih gila. Ini ikatan aku dan abang. Trade in? Tak kot..dan seutas rantai yang aku pakai dari umur 5 tahun bersama-sama dgn loket ukir A love Z..hadiah ari jadi 4 tahun lepas. Lepas tu sepasang subang yang mmg aku tak boleh pakai. Tu jek.tak byk pun..tapi tu semua ada 'makna' tersendiri. Lagi sekali..syukur Alhamdulillah..berkat Ramadhan kali ni..

Ya Allah...berkati hidup ini.. amin.


Sunday, September 5, 2010

..My heart will go on..

Alwiz with me..Terima kasih

Tgh layan MAUT @104. Emm..berkerut dahi. Ya Allah..pohonku..kurniakan aku ketenangan hati, kedamaian jiwa dan jgn biarkan aku berpaling lagi. Pelik dgn aku lately? Em..kalau ada yang pelik..aku pun penah pelik dan sekarang..aku buangkan perasaan pelik dan tauk jauh2 fikiran 'kenapa aku?'. Ada org kata..ingat cerita lama tu 'Tak Maju'. Tak apa..masing-masing dengan cara masing2. Pada aku..cerita lama itu sejarah dan sejarah ajar kita utk hargai apa yang kita ada serta berubah dari keburukan kepada kebaikan jika perlu. Tet! Bukan nak bersyarah naaa..apa yg tertulis ni semua lahir dari hati. Sekarang aku sedang belajar dari sejarah hidup aku yang aku cipta sendiri. Pahit! Sakit! Perit! Itu yang dapat aku gambarkan. Tak dpt nak gambarkan mcm mana sedihnya sekeping hati bila jadi macam ni. Teringat kata-kata 'jgn kerana nikmat yang sementara..kita sengsara 'di sana'. Huh! Bergetar jiwa. Ada pesanan 'kalau nak orang lain berubah..ubah diri sendiri dulu'. Ayat power ni. Apapun, terima kasih (senyum sendiri). Harap kita semua berubah ya. Twit! Kang ada murka..jom tukar cerita. akekeke.

Ramadhan dah nak sampai ke hujungnya. Ya Allah..semoga puasa dan amalan ku di terima. Ramadhan 2010 bawa aku byk makna. Tak yah cite lebih-lebih..cuma di kesempatan ini aku nak amik kesempatan nak ucap (wah! mcm ucapan hari raya lak) : 'Abang..terima kasih terima Za seadanya dan terima kasih ampunkan kesalahan Za. Doakan Za selalu.'

Tadi buka posa dengan Chicken Rice Shop. T.A.P.A.U jek. Tenang jek buka kat umah. Alhamdulillah. Sebelum berbuka..g Alamanda. Jalan-jalan cuci poket. Poket sapa? Poket abang lah..ngee. Terima kasih utk semua persiapan raya. Lepas tu singgah Tomei dan terima kasih hadiah Hari Raya 'tu'. Halal ek? Sedih lak..sampai tahap ni aku 'buat'..abang tetap abang yang sentiasa ada utk aku. Sekali lagi..Maafkan za..jgn biarkan za tercicir lagi ya Abang.. :(

Aku betul-betul harapkan episod baru dalam hidup aku..kepada yang baca ..doakan aku bahagia dan aku betul-betul harap hati aku tak berpaling lagi. Uhuk..macam drama swasta lak kan? Tapi ini lah hakikatnya hidup ini. Aku yakin..dugaan itu datang dari Allah kpd hambanya yang mampu menghadapi dugaan ini. Dugaan utk insan yg di sayangi supaya tidak terus tercicir dalam hidup ini. Aku cuba dan ingin berubah..takut juga tak kuat. Tak mahu ..tak mahu..cukup! Nauzubillah..

Btw..Tajuk post dah tak sama dgn isi..akekek..kalau SPM..dah dpt ZERO ni..;)

Saturday, September 4, 2010

..Layar Lara..

Hidup umpama lakonan atau lakonan perlu untuk hidup?

Aiseh..donno how to start. Blog lepas, byk sgt kisah sedih dan azam aku kali ni, tak mau buat cite sedih lagi..tapi selagi 'soal hati' ni tak di selesaikan secara total yakni meluahkan 100% cerita pada yg sepatutnya tahu cerita..hati betul2 celaru. Aku cuba sedaya upaya menjaga hati semua orang wpun aku sendiri yg terseksa...tapi..emm, tak apa. Allah ada. Itu jek yang aku pegang sekarang ni dan kesempatan Ramadhan aku gunakan sepenuh2nya sujud dan pohon ampun dariNya. Sedih pulak Ramadhan akan berakhir tak lama je lagi dan jika betul malam tadi malam lailatulqadar..Ya Allah, terima lah sujudkan..ampun dosa-dosaku dan tenangkan hati ku. Kadang-kadang aku tak penah terfikir semua ini akan jadi pada aku dan kadang-kadang aku pelik mcm mana ada insan yg boleh hidup dgn amalkan 'lepas tangan'. Biarlah Allah yang tentukan..kan?

Jumaat 3hb September seawal jam 8 pagi aku dah kena mengadap boss itu KPI rating. Ok tak? Entah! Dengan takde module sebab both new projek tak jalan-jalan..apa yang boleh aku harapkan? Susah nak tafsir keadaan..tapi mungkin ini saja rezeki aku kali ini. Alhamdulillah, takde la susah mana nak mengadap bos perempuan. Pengajaran buat aku..jgn mudah percaya cakap orang..lalui sendiri dulu. Banyak nasihat dari puan kepada aku. Walaupun aku jarang mengadap dia..tapi dia seolah-olah tahu isi hati aku. Pelik kan? Orang yang kita sangka amik tahu..tapi sebenarnya tak penah nak kisah..tapi orang yang kita sangka buat tak tahu..rupanya lagi tahu..hehehe. Bape byk tahu daaa..

Shopping raya? Entah..yang penting baju anak2 dah settle lama dah. Cuma masalah aku..hampir semua jeans aku dah tak boleh pakai. Dengan berat badan yg dah jadi 42kg dan pinggang dari 29cm ke 26cm..habis semuanya. Kadang-kadang sedih tgk diri sendiri. Punca? Aku lah sendiri punca dan kebodohannya. Semoga ini kebodohan pertama dan terakhir aku. Cukup! Itu janji aku pada yang SATU dan juga pada diri sendiri dan juga pada suami. Amin.

Tahun ni berbuka puasa adalah yang paling ala kadar. Kalau tahun lepas aku dan abe sibuk layan buffet hotel dan makan luar selalu, tahun ni..berbuka di rumah adalah lebih menyeronokkan. Tapau pun tapau lah..yang penting bersama orang-orang yg aku sayang dan sayang aku. Tahun ni gak..tradisi buka puasa rumah ke rumah dah tak meriah mcm selalu. Tak tahu lah kenapa tapi aku pun tak kisah. Lagipun aku baru jek join benda ni dlm 2 tahun. Mungkin masing-masing ada agenda sendiri dan masing-masing ada kawan masing-masing utk duduk bergembira bersama-sama.

Eh..dah pukul 12am. Tido time...Ya Allah - lindungi aku dan keluarga ku. Amin..

..Wajah Baru Cerita Baru..


Bismillahirrahmanirrahim..

Buka semula ruangan 'Rehat..Lepak..Luah Rasa'. Penuh harapan supaya ruangan ni menceriakan diri sendiri..Amin..

Pesanan :
Jangan dekati rumah ini jika ianya timbulkan rasa benci..sayangi rumah ini jika ianya menghiburkan hati.

Niat :
Berkongsi suka duka dan utk simpanan peribadi dan kenangan di hari muka.

Terima kasih :
Teman-teman yg merindui blog ni dan minta di buka semula.

Jom happy sama-sama..:D